• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIDA Promosi Aeroangkasa Bidang Pertumbuhan Baharu

oleh Ahmad Albab
04/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memilih industri aeroangkasa sebagai bidang pertumbuhan baharu yang akan dipromosikan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Mahmud, berkata ekosistem aeroangkasa yang sedia ada di Malaysia menyediakan peluang yang baik bagi industri itu untuk terus berkembang.

Azman berkata, sokongan dan insentif bagi industri itu adalah selaras dengan Rangka Tindakan Aeroangkasa Malaysia, pelan tindakan strategik yang disediakan menerusi Perkhidmatan Perniagaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang juga sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“Kita sedang bergerak menuju ke arah menjadi hab aeroangkasa penting. Tumpuan semasa ialah kepada perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) penerbangan serta mengembangkan perkhidmatan kejuruteraan tulen.

“Tahun lepas sahaja, pelaburan langsung yang diluluskan untuk aeroangkasa hampir dua kali ganda kepada RM682 juta, yang meliputi pelaburan yang diluluskan dalam bidang pembuatan dan MRO, berbanding RM387.3 juta pada 2013,” katanya pada taklimat media selepas merasmikan persidangan aeroangkasa anjuran MIDA di sini hari ini.

Berbanding hab negara jiran, Azman berkata Malaysia mempunyai kekuatan sendiri dan kelebihan perbandingan dalam industri aeroangkasa serantau.

“Malaysia mempunyai lebih banyak ruang, kos menjalankan perniagaan di sini lebih baik dan negara ini menawarkan struktur kos yang lebih baik,” katanya sambil menambah bahawa dalam jangka panjang, syarikat akan melihat Malaysia secara lebih positif dari segi struktur kos.

Terdahulu, dalam ucapannya, Azman berkata Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk mengukuhkan ekosistem aeroangkasa ketika negara memperhebat usaha untuk melanjutkan keupayaan teknologi dan inovasi.

“Kita sudah pun berada di barisan hadapan dalam beberapa pasaran, termasuk reka bentuk komposit dan pembuatan, reka bentuk komponen pesawat dan pembuatan, avionik dan reka bentuk sistem dan pembuatan.

“Ini dibuktikan oleh peningkatan jumlah peserta global yang telah membuat pelaburan dalam bidang ini, seperti GE Engine Services Malaysia, Honeywell Aerospace Services, Spirit AeroSystems, Messier-Bugatti Dowty Malaysia, Singapore Aerospace Manufacturing (SAM) dan Hexcel Corporation,” kata Azman.

Persidangan setengah hari itu dianjurkan dengan kerjasama United Technologies Corporation (UTC), sebuah konglomerat multinasional Amerika dalam industri aeroangkasa dan bangunan komersil.

Ia adalah hasil daripada penglibatan MIDA dengan UTC di Farmington, Connecticut semasa misi pelaburan oleh MIDA pada September 2014 yang turut melibatkan penyertaan 150 peserta, termasuk 80 bakal pembekal daripada industri aeroangkasa Amerika Syarikat dan Asia.

MIDA juga akan mengambil bahagian pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015, menerusi program seperti forum mengenai industri aeroangkasa dan sesi rantaian pada 17 dan 18 Mac. – BERNAMA

Tags: angkasawanMIDA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Tiba Di MIDA Bagi Dirakam Percakapan

Muhyiddin Tiba Di MIDA Bagi Dirakam Percakapan

21/08/2024
0

Kuala Lumpur : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini,...

Isu 3R: Polis Rakam Keterangan Muhyiddin Di MIDA Esok

Isu 3R: Polis Rakam Keterangan Muhyiddin Di MIDA Esok

19/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis akan merakam keterangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd