• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Tumpu 8 Sektor Utama Tarik Pelaburan Asing

oleh Ahmad Albab
05/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Melaka menumpukan kepada lapan sektor utama bagi menarik pelaburan asing ke negeri itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata sektor-sektor berkenaan ialah automotif, elektrik & elektronik, teknologi hijau, produk halal, bioteknologi, farmaseutikal, minyak & gas dan aeroangkasa.

Tahun lepas Melaka berjaya menarik pelaburan bernilai RM4.4 bilion dengan RM1.8 bilion merupakan pelaburan asing dan diharapkan tahun ini Melaka dapat mencapai sasaran pelaburan keseluruhan RM5 bilion, katanya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

“Buat permulaan tahun ini kita di landasan terbaik untuk menerima pelaburan asing bernilai RM1.2 bilion menerusi penglibatan syarikat China, Xinyi Glass yang akan membuka kilang pengeluaran di Lipat Kajang, Jasin,” katanya yang menjawab soalan Datuk Norpipah Abdol (BN-Rembia) semasa sesi pertanyaan jawab lisan.

Idris berkata tahun lepas sektor pengangkutan mencatat pelaburan tertinggi dengan RM3.3 bilion diikuti sektor elektrik & elektronik (RM882.6 juta) dan pencetakan (RM157.2 juta).

Menjawab soalan tambahan Norpipah mengenai insentif yang disediakan kerajaan negeri, Idris berkata kerajaan negeri tidak menyediakan insentif khusus sebaliknya bergantung kepada insentif kerajaan persekutuan.

“Kerajaan negeri tidak memberikan insentif khusus kepada pelabur kerana pelabur sendiri percaya pelaburan di Melaka mampu memberikan pulangan yang amat baik kepada mereka,” katanya.- BERNAMA

Tags: Idris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Mengundi: Idris Haron Kecundang Di DUN Asahan (Tidak Rasmi)

20/11/2021
0

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron kecundang di Dewan Undangan Negeri...

Royalti Pasir Melaka: SPRM Rakam Percakapan Idris Haron

08/10/2021
0

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah merakam percakapan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengenai dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd