• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Perlu Lebih Ramai Inovator, Usahawan

oleh Ahmad Albab
06/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan lebih ramai inovator dan usahawan untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat sekali gus menjana kekayaan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, inovator seharusnya dapat mempelbagaikan inisiatif bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malahan bidang sosial yang masih belum diterokai sepenuhnya.

“Kita juga memerlukan usahawan yang mempunyai budaya berfikir bukan sahaja hendak mencari kerja tetapi mencipta dan memberi peluang pekerjaan,” kata beliau pada majlis perasmian Menara Perbadanan Nasional Bhd (PNS) di Bangsar South, di sini, hari ini.

Selain itu, Najib turut mengingatkan usahawan francais supaya menggandakan usaha dan memberikan perkhidmatan terbaik supaya pelanggan terus kekal bersama produk mereka.

“Kita mesti pastikan pengalaman pertama yang mereka (pelanggan) rasai, tak kan dilupakan, itu kunci kejayaan,” katanya.

Perdana Menteri berkata untuk mencipta kejayaan, usahawan juga perlu mengurangkan kebergantungan kepada pembiayaan kerajaan semata-mata.

Beliau berkata usahawan yang menggunakan dana sendiri untuk menguruskan perniagaan cenderung berusaha dengan lebih gigih dalam mencapai kejayaan.

“Apa yang penting untuk berjaya dalam perniagaan akhirnya akan ditentukan sendiri oleh diri mereka sendiri,” katanya.

Sementara itu, Najib menggesa PNS supaya memajukan lagi industri francais seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara di persada dunia.

“Kerajaan dan PNS akan terus menjadi pemangkin dalam membangunkan usahawan-usahawan dalam industri francais negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd