• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Jepun Perluas Kerjasama Pendidikan

oleh Ahmad Albab
16/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Malaysia dan Jepun pada Isnin memeterai memorandum kerjasama untuk memperluaskan lagi kerjasama dalam bidang pendidikan.

Kerjasama itu akan turut melibatkan bidang pendidikan peringkat lebih rendah terutama dalam bidang teknikal dan vokasional daripada peringkat pengajian tinggi ketika ini.

Pada majlis itu, Malaysia diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan manakala Jepun diwakili Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sains dan Teknologi Hakubun Shimomura.

Muhyiddin berkata memorandum kerjasama itu adalah sambungan kepada kerjasama sedia ada dalam pendidikan tinggi dan kerjasama ini turut melibatkan pendidikan awal.

“Kami perlu kerangka kerjasama dalam pendidikan awal, prasekolah sampai prauniversiti. Ia diperuntukkan dalam memorandum baharu yang dimeterai hari ini. Ia beri ruang agak besar untuk lihat apakah bidang-bidang boleh diikuti dan dicontohi oleh Malaysia untuk tingkatkan mutu pendidikan di negara kita,” katanya pada sidang media pada akhir lawatan empat hari beliau di Jepun, di sini Isnin.

Timbalan Perdana Menteri berkata sebagai contoh, bidang sains, teknologi dan kejuruteraan merupakan dasar yang Malaysia tekankan dan perlu dipertingkatkan.

“Pengalaman Jepun dalam bidang pendidikan sains dan teknologi pasti lebih jauh ke depan daripada kita. Bagaimana nak diimbangkan dengan keadaan di Malaysia. Itu perlu diteliti oleh pegawai saya di bahagian kokurikulum. Pastikan bersesuaian.

“Banyak bidang lain selain pendidikan tinggi, seperti Penyelidikan dan Pembangunan dalam tingkatkan ranking universiti. Ada bidang tertentu, ‘niche area’, bidang khusus mereka ke depan berbanding Malaysia dan negara lebih maju,” katanya.

Muhyiddin berkata sewaktu perbincangan beliau dengan Shimomura, menteri itu menyarankan kedua-dua negara meneroka bidang pendidikan yang lebih luas terutama dalam bidang vokasional dan teknikal.

“Ini bidang yang diberikan perhatian oleh kedua-dua negara. Kami setuju supaya pegawai kedua-dua negara meneliti lebih lanjut bidang-bidang khusus kami boleh bekerjasama,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia sudah mempunyai pelan pembangunan dalam pendidikan awal yang dilancarkan dua tahun lepas bagi meletakkan pendidikan awal setaraf dengan negara maju.

“Bagi pengajian tinggi pula kita di peringkat akhir sediakan pelan pembangunan. Akan dilancar pada 7 April. Di situ telah digariskan beberapa anjakan besar … ada 10 perkara. Dengan inisiatif baharu maka piawaian pendidikan akan dapat kita majukan setara dengam negara-negara maju,” katanya. – BERNAMA

Tags: jepunPendidikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd