• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mada Pergiat Kempen Guna Benih Padi Sah

oleh Ahmad Albab
13/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERLUN – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) akan menggiatkan kempen penggunaan benih padi sah di seluruh kawasan Muda bagi mengurangkan masalah serangan penyakit padi.

Pengerusinya, Datuk Othman Aziz berkata, ini kerana kebanyakan benih padi tidak sah menjadi antara faktor banyaknya sawah padi kurang daya tahan terhadap penyakit dan serangga.

Beliau berkata ia menjadi satu daripada punca penurunan 20 peratus hasil tuaian Mada bagi musim 2/2014, berbanding musim sebelumya.

Othman berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran kempen Pengembangan Penggunaan Benih Padi Sah di sini, hari ini.

Jelasnya, konsep benih padi sah perlu difahami oleh setiap petani, iaitu benih yang dikeluarkan daripada ladang benih dan melalui proses tertentu serta telah disahkan Jabatan Pertanian.

“Setengah-setengah kawasan benih padi ini tidak ada daya tahan, rintangan kepada perosak, sebab mungkin benih padi tidak sah,” katanya.

Othman yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, sebanyak 48 peratus petani didapati tidak mengikut jadual penanaman padi ditetapkan Mada musim lalu, dikhuatiri menjadi antara penyebab kepada penurunan hasil tuaian.

“Ada yang fasa 1 dibuat pada fasa 2, fasa 2 buat pada fasa 3; semua ini kita nak ubah, kita bimbang ia boleh sumbang kepada serangan penyakit dan penurunan hasil tuaian,” katanya.

Kempen hari ini bertujuan memberi penjelasan berkenaan maklumat penggunaan padi sah, rawatan benih padi dan kepelbagaian padi kepada semua pegawai di peringkat wilayah dan Pertubuhan Peladang Kawasan. – BERNAMA

Tags: Madapadi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

Lantikan Menteri Bukan Campur Tangan Politik

02/05/2019
0

JERLUN - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak menganggap lantikan Menteri Pertanian dan Industri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd