• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lontar Cakera: Irfan Perbaharui Rekod, Intai Emas Sukan SEA

oleh Ahmad Albab
28/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAGUH lontar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin bertekad mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA Singapura Jun ini selepas mencipta rekod baharu kebangsaan dengan catatan balingan 58.04 meter pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia ke-92 di sini, hari ini.

Muhammad Irfan, 20, beraksi cemerlang hari ini untuk mengatasi rekod peribadinya, 54.26m, yang dicipta pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-17 di Perlis Mei lalu.

Beliau berkata walaupun menyasarkan emas pada kejohanan ini yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil, namun beliau tidak menjangka mampu mencipta rekod baharu.

“Bangun pagi tadi saya dapat rasakan mampu melakukan yang terbaik dan saya mahu buat rekod tetapi saya tidak jangkakan untuk (cipta) rekod baharu yang sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan pingat.

Mengulas lanjut tentang prestasi cemerlangnya, Muhammad Irfan berkata kem latihan di Australia yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) pada awal bulan ini banyak memberi pengetahuan dan menjadi pemangkin semangat untuk dirinya terus mencapai kejayaan.

“Banyak yang saya pelajari di sana terutamanya keyakinan untuk terus buat yang terbaik. Selain itu, pengarah teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Robert J. Ballard banyak mengajar untuk meningkatkan lagi prestasi saya,” katanya.

Muhammad Irfan terus yakin untuk menjadi jaguh lempar cakera yang digeruni di rantau Asia Tenggara dengan menyasarkan balingan sejauh 60m pada temasya Sukan SEA Singapura dari 5 hingga 16 Jun ini.

Rekod sukan SEA buat masa ini dipegang oleh jaguh lempar cakera dari Singapura, Wong Tuck Yim, dengan balingan 59.50m pada temasya tahun 1999 di Brunei.

Pada kejohanan hari ini, Abdul Rahman Lee dari Sarawak meraih pingat perak dengan catatan 40.88 meter manakala Mohd Hafiz Hashim (Angkatan Tentera Malaysia) meraih pingat gangsa dengan balingan 40.62 meter.

Dalam pada itu, pelari pecut Mohd Izzuddin Yahya dari Perlis meraih emas pada kejohanan hari ini dengan catatan masa 10.51 saat, walaupun tidak dapat mencapai masa terbaik peribadinya 10.48s yang dicatatkan dalam peringkat separuh akhir semalam.

Nixson Kennedy dari Sarawak meraih tempat kedua dengan mencatatkan 10.62s manakala tempat ketiga disandang Harith Ammar Md Sobri dari Terengganu dengan masa 10.63s. – BERNAMA

Tags: Sukan SEA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

OCPD Kemaman Kritikal, Kemalangan Di LPT Malam Tadi

Next Post

Kapal Karam: 10 Kru Warga China Diselamatkan

Related Posts

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027

12/05/2022
0

HANOI : Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) hari ini memilih Malaysia sebagai tuan rumah edisi ke-34 Sukan SEA pada 2027, umum...

Terjun Hadiahkan Emas Keempat Malaysia

09/05/2022
0

PETALING JAYA: Gandingan Wendy Ng-Ong Ker Ying memastikan terjun terus menjadi ‘lubuk’ emas Malaysia dengan menghadiahkan pingat emas keempat dalam...

Next Post

Kapal Karam: 10 Kru Warga China Diselamatkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd