• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LIMA 2015 Dijangka Tarik Lebih 130,000 Pengunjung

oleh Ahmad Albab
21/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Jumlah pengunjung ke Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA’15) mencatat rekod baharu pada hari terakhir pameran terkemuka itu diadakan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah orang ramai yang melawat LIMA kali ini dijangka melebihi 130,000 orang yang dicatat pameran serupa dua tahun lepas.

Dalam ucapan penutupan ringkas yang dibaca timbalannya Datuk Abdul Rahim Bakri, Hishammuddin berkata jumlah keseluruhan pengunjung sepanjang pameran tiga hari yang diadakan untuk industri utama (Selasa hingga Khamis) ialah 39,684.

Katanya jumlah orang ramai yang mengunjungi segmen aeroangkasa sehingga semalam ialah 50,826, manakala 35,855 melawat segmen maritim di Awana Porto Malai.

“Pameran ini diadakan di sekitar Langkawi sejak 25 tahun lepas dan pameran tahun ini yang turut mengandungi program aktiviti, pertunjukan maritim dan udara serta pameran statik merupakan yang paling memberi kesan setakat ini,” kata Hishammuddin.

Beliau menyifatkan LIMA’15 sebagai edisi terbesar dan terbaik setakat ini serta memecah rekod kerana mempamerkan 110 pesawat udara, lima pasukan aerobatik, 65 kapal dan bot perang serta 512 pempamer dari 36 negara, 266 daripadanya adalah dari Malaysia.

Katanya jumlah itu jauh mengatasi edisi sebelum ini, manakala perkembangan kukuh yang dicatat itu menunjukkan LIMA dianggap secara meluas sebagai platform pilihan utama dan pintu masuk ke ASEAN.

Hishammuddin menjangka peningkatan sebanyak 10 peratus akan dicapai pada LIMA akan datang, yang dijadual berlangusng pada Mac 2017.

LIMA’15 juga menyaksikan kontrak bernilai RM9.29 bilion dicapai melalui memorandum persefahaman yang ditandatangani, melebihi RM4.27 bilion yang ditandatangani pada LIMA’13 dan menunjukkan peningkatan sebanyak 121 peratus, katanya.

Di samping menjadi platform bagi perniagaan, tujuh persidangan dan aktiviti berimpak tinggi turut diadakan, termasuk Rundingan Meja Bulat Panglima-panglima Tentera Laut, Sidang Kemuncak Penerbangan ASEAN, Persidangan Ketua-ketua Udara LIMA’15, Forum Terbuka Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi dan Forum Perniagaan ASEAN. – BERNAMA

Tags: LIMA'15
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aset, Anggota APMM Akan Ditambah – Shahidan

Next Post

Peneraju Utama Cicakman 3 Paling Berpengaruh Di Media Sosial

Related Posts

LIMA’15 Pamer Kekuatan Dan Kesiapsagaan Negara

19/03/2015
0

LANGKAWI - Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 secara tidak langsung mempamerkan kekuatan sesebuah negara dalam aspek kesiapsiagaan...

Kontrak Bernilai RM9.3 Bilion Ditandatangani Pada LIMA ’15

19/03/2015
0

LANGKAWI - Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 di sini menyaksikan sejumlah RM9.3 bilion kontrak, memorandum persefahaman (MoU),...

Next Post

Peneraju Utama Cicakman 3 Paling Berpengaruh Di Media Sosial

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd