SEJAK kebelakangan ini, kontroversi yang menimpa penyanyi kumpulan One Direction seperti berangkai pula.
Selepas Zayn Malik menarik diri dari konsert jelajah dan Louis Tomlinson disahkan putus dengan kekasihnya, kini giliran Liam Payne pula cetuskan kontroversi di laman makro Twitter.
[PENYANYI KUMPULAN ONE DIRECTION, LOUIS TOMLINSON PUTUS DENGAN KEKASIH]
Liam Payne cetuskan isu di laman itu selepas dia membalas tweet seorang peminat Justin Bieber dengan menyindir penyanyi berkenaan.
Walaupun tindakannya itu sekadar gurauan namun ianya tidak dapat diterima peminat Justin Bieber.
Akibat ‘penghinaan’ dilakukan Liam, Beliebers itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa Liam seorang penyanyi yang tidak berbakat dan gurauannya memalukan.
Liam Payne is an untalented, embarrassing joke.
— Hailey Hastings (@arianasmccann) March 23, 2015
Entah apa yang membuatkan wanita ini betul-betul marahkan Liam sehingga bersikap sangat ‘defensive’ sebegitu.
Liam dan ahli kumpulannya yang kini berada di Indonesia sempena konsert jelajah mereka cuba untuk meredakan keadaan namun peminat kedua-dua belah pihak terus bertekak.
Some people can't take a joke … Bit of banter guys chill out
— Liam (@LiamPayne) March 23, 2015
Bagaimanapun, ramai peminat One Direction teruja dan gembira dengan kenyataan gurauan yang telah dibuat Liam.
Everyone in the fandom after Liam's tweet #LIAMHASNOCHILL pic.twitter.com/8ZJuSmtpFn
— ana (@1D_fanstagram) March 23, 2015
when you come back from whatever you were doing and see Liam slaying on twitter!!#LIAMHASNOCHILL http://t.co/bwQFcnWYS0
— THANK YOU NIALL (@JojaAbdullah) March 23, 2015
– MYNEWSHUB.CC


