• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lewis Hamilton Serta Program PAAY Petronas Di Melaka

oleh Ahmad Albab
24/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETRONAS hari ini memulakan program pertama untuk belia bagi 2015 iaitu “Petronas All About Youth’ (PAAY) di Melaka menerusi kem melibatkan 340 pelajar sekolah menengah di Melaka dan Pagoh, Johor.

Pengurus Besar Kanan Kumpulan Komunikasi Strategik Petronas, Liz Kamaruddin berkata pada kem itu, pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menggalakkan kepimpinan dan kerja berpasukan.

“PAAY merupakan inisiatif berobjektif untuk memperkasakan semua peserta untuk menjadi belia serba boleh dan seterusnya menjadi inspirasi kepada rakan sebaya dalam menyumbang kepada menjadikan negara tempat tinggal lebih baik.

“Kami dapat melihat pelbagai idea bernas dikemukakan pada program ini yang bermula di Terengganu diikuti di Sabah dan Sarawak tahun lepas dan kami gembira kerana program berjaya diperluaskan ke tiga lagi negeri iaitu Melaka, Johor dan Kelantan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

PAAY merupakan pertandingan diperkenalkan oleh Petronas pada 2014 bertujuan memupuk bakat dan kemahiran kepimpinan menerusi projek dalam bidang pendidikan, komuniti, kesejahteraan dan alam sekitar.

Kem sehari itu turut menyaksikan penampilan istimewa pemandu pasukan Mercedes AMG Petronas Formula One, Lewis Hamilton yang menyertai pelajar untuk membina menara menggunakan surat khabar dan alat tulis.- BERNAMA

Tags: Lewis Hamilton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamilton Kekal Bersama Mercedes Sehingga 2025

Hamilton Kekal Bersama Mercedes Sehingga 2025

01/09/2023
0

MONZA : Juara Formula Satu (F1) dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menamatkan teka-teki mengenai masa depannya apabila memperbaharui kontrak dengan...

Isu Jentera Kembali Hantui Mercedes

Isu Jentera Kembali Hantui Mercedes

01/08/2023
0

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium – Mercedes kembali berdepan ‘penyakit’ lama selepas Lewis Hamilton mendakwa jenteranya yang dipacunya pada Grand Prix (GP) Belgium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd