• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tembak Mati 2 Wartawan Di Guatemala

oleh Ahmad Albab
11/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUATEMALA CITY – Lelaki bersenjata menembak mati dua wartawan dan menyebabkan seorang lagi cedera ketika mereka bersiar-siar di taman di selatan Guatemala, hari ini.

Editor Prensa Libre, Miguel Angel Mendez Zetina berkata, Danilo Lopez, wakil tempatan untuk akhbar Prensa Libre dan wartawan Radio Nuevo Mundo, Federico Salazar mati di taman dalam kawasan perbandaran Mazatenango.

Mendez berkata, Lopez bekerja di akhbar itu selama lebih satu dekad dan baru-baru ini mengemukakan aduan terhadap Datuk Bandar San Lorenzo, Jose Linares Rojas kerana membuat ugutan bunuh ke atasnya.

Lopez membuat beberapa berita mengenai kelemahan ketelusan dalam dana awam di bawah pentadbiran Linares.

“Dua datuk bandar dari Majlis Perbandaran Mazatenango membuat ugutan terhadap mangsa kerana berita yang dilaporkan. Danilo adalah seorang wartawan yang beretika, begitu telus dan amat baik dalam prosedur perakaunan dana awam dan bagaimana ia memberi kesan terhadap masyarakat,” kata Mendez.

Pengarah Radio Nuevo Mundo, Marvin Robledo pula berkata, Salazar tidak menyatakan sebarang masalah atau ancaman dan tidak membuat sebarang laporan khas ketika beliau dibunuh.

“Kami akan tunggu hasil siasatan, kami tidak tahu motif sebenar. Kami minta pihak berkuasa menyiasat dan mencari orang yang bertanggungjawab dan menggunakan saluran undang-undang,” katanya.

Lopez dan Salazar adalah naib presiden dan setiausaha Persatuan Akhbar Suchitepequez yang ditubuhkan. – AP

Tags: kes tembakwartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd