• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 8,000 Cadangan, Maklum Balas Diterima Berhubung PPPM (PT)

oleh Ahmad Albab
01/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Kementerian Pendidikan menerima lebih 8,000 cadangan dan maklum balas daripada pelbagai medium berhubung pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)-PPPM (PT) 2015-2025.

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata cadangan dan maklum balas itu diterima daripada pelbagai pihak termasuk orang awam, golongan akademik, swasta, pihak industri dan pelajar.

“Kami (kementerian) berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam memberi input menerusi forum, internet dan enam sesi pendengaran awam yang diadakan di seluruh negara serta mendengar hujah yang kami kemukakan.

“Secara amnya, penyediaan pelan ini diterima baik semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas sesi pendengaran awam PPPM (PT) 2015-2025 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Kamalanathan berkata penyediaan pelan berkenaan juga sudah dibentangkan kepada Kabinet dua minggu lepas dan mendapat beberapa maklum balas daripada anggota Kabinet.

Beliau berkata pelan itu dijangka siap akhir bulan ini sebelum dijangka dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bulan depan.

Katanya terdapat 10 lonjakan utama di dalam pelan itu yang amat diperlukan untuk membawa sistem pendidikan tinggi Malaysia ke satu tahap yang lebih baik pada masa akan datang. – BERNAMA

Tags: P.KamalanathanPendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

18/04/2025
0

BAYAN LEPAS - Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkasa transformasi digital dalam sektor pendidikan negara terus diperkukuh apabila sasaran untuk...

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

14/04/2025
0

TAPAH: Pendidikan menjadi antara visi utama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd