• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Gesa Peniaga Lain Contohi Mydin

oleh Ahmad Albab
30/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggesa lebih ramai peniaga mencontohi pasaraya Mydin yang memutuskan untuk menyerap enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata langkah Mydin itu disambut baik kementerian kerana dapat membantu menjayakan inisiatif yang diambil kerajaan bagi mengukuhkan ekonomi negara.

“Ini yang kita alu-alukan kepada peniaga yang memikirkan kepentingan negara diutamakan lebih daripada keuntungan sendiri.

“Ini diharapkan akan menjadi contoh kepada peniaga lain. Pada saya apa sahaja tindakan yang kerajaan ambil melalui GST adalah sebenarnya untuk kesejahteraan rakyat dan pengukuhan ekonomi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memuat naik iklan yang dikeluarkan Mydin melalui laman Twitternya mengenai penyerapan CBP yang bakal dilaksanakan secara sukarela oleh syarikat runcit itu apabila GST dilaksanakan Rabu ini.

Ditanya mengenai kemungkinan syarikat lain mengikut jejak langkah Mydin, Hasan berkata beliau lebih mengalukan syarikat berkenaan mengumumkan sendiri pendirian masing-masing.

Beliau berkata melalui pertemuan antara KPDNKK dan beberapa wakil industri baru-baru ini, persetujuan pematuhan agar tidak menjadikan GST sebagai alasan memanipulasikan harga dan tidak menaikkan margin keuntungan bersih mulai 2 Jan 2015 hingga 30 Jun 2016, telah dicapai.

Katanya, antara wakil yang hadir ialah Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) dan Persatuan Peruncitan Malaysia (MRA).

“Ini amat digalakkan sebagai tanda sokongan kepada GST berkat penglibatan yang dibuat kerajaan secara dari hati ke hati,” katanya.

Mengulas mengenai aduan pengguna mengenai beberapa barangan keperluan asas yang dilaporkan tiada stok di pasaran, Hasan menasihatkan pengguna melaporkan segera kepada KPDNKK di talian bebas tol 1-800-886-800.

Dalam pada itu, beliau berkata aplikasi MyKira GST yang diperkenalkan KPDNKK juga membantu rakyat memantau harga barangan yang dimanipulasikan selepas cukai itu dilaksanakan.

“Kita juga akan lancar Pusat Gerakan Anti Pencatutan petang ini bagi memudahkan media dan orang ramai mengetahui maklumat terkini mengenai aduan serta tindakan yang diambil kementerian terhadap peniaga yang mengambil kesempatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKKMydin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mydin Di Manjoi Terbakar, Ditutup Sementara Bermula Hari Ini

Mydin Di Manjoi Terbakar, Ditutup Sementara Bermula Hari Ini

11/03/2024
0

Pasar raya besar Mydin di Manjoi yang terbakar semalam ditutup sementara bermula hari ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak,...

Mydin Beri Diskaun Untuk Pemegang Kad Perakuan Media

Mydin Beri Diskaun Untuk Pemegang Kad Perakuan Media

17/08/2023
0

SEREMBAN : Petugas media di seluruh negara yang memegang kad perakuan media dari Jabatan Penerangan Malaysia bakal menikmati diskaun istimewa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd