• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

L/Kpl Zakiah Aleip Yang Diculik Militan Abu Sayyaf Dibebaskan

oleh Ahmad Albab
08/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Anggota pasukan Polis Marin Lans Koperal Zakiah Aleip, yang diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata ketika melakukan rondaan di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lepas, dibebaskan hari ini, demikian diumumkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang akhbar di sini yang turut dihadiri Zakiah, yang baru tiba di Sandakan pagi ini dari Selatan Filipina, dengan menaiki bot.

“Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan usaha berterusan kerajaan melalui perundingan, berkat doa semua pihak dan kesabaran serta ketabahan ahli-ahli keluarga, maka usaha membebaskan beliau telah berhasil.

“Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan keselamatan kita yang telah berusaha sedaya upaya sehingga memastikan pembebasan Zakiah,” katanya.

Musa berkata beliau telahpun menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memaklumkan perkembangan itu.

Musa berkata Najib merakamkan rasa gembira dengan berita pembebasan ini dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Zakiah.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan negeri dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), beliau menyeru anggota keselamatan agar sentiasa bersiap siaga dalam apa jua keadaan.

Tegasnya ini bagi memastikan agar keselamatan dan keamanan Sabah dan rakyat sentiasa terpelihara daripada sebarang ancaman keselamatan khususnya di kawasan perairan negara.

Dalam kejadian pukul 11.10 malam itu, Koperal Ab. Rajah Jamuan, 32, mati ditembak manakala Zakiah diculik oleh kumpulan berkenaan ketika mereka sedang menjalankan tugas rondaan di resort itu.

Ab Rajah terbunuh dalam kejadian itu. – BERNAMA

Tags: Filipinakes culik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina yang sebahagian rakyatnya kini terjejas akibat Siklon Tropika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd