• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Terbalik Akibat Langgar Kerbau

oleh Ahmad Albab
30/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jitra – Perjalanan pulang lima sekawan ke Bukit Kayu Hitam berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat tercampak keluar dari kenderaan pelbagai guna (MPV) selepas melanggar seekor kerbau dalam kemalangan di Kilometer 22.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi mengakibatkan mangsa Muhammad Amirul Abdul, 19, dari Kampung Perik, Mukim Kurong Hitam, Kuala Nerang, di sini, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Dalam kejadian itu, pemandu kenderaan berusia 22 tahun dan penumpang lain berusia 20-an cedera parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan, sementara dua penumpang lain berusia 20-an menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Jitra, di sini.

Difahamkan, kenderaan dinaiki mangsa terbalik di tepi lebuh raya selepas dipercayai melanggar penghadang jalan.

Bapa mangsa Abdul Yaakob, 49, berkata arwah ada memaklumkan kepadanya bahawa dia akan pulang ke rumah untuk membaiki kandang lembu di rumahnya ketika mereka bertemu buat kali terakhir kira-kira dua hari lalu sebelum anaknya keluar ke Bukit Kayu Hitam.

Menurutnya, Amirul yang bekerja di sebuah pusat mencuci kenderaan menetap di Perumahan Awam Bukit Kayu Hitam kerana berhampiran tempat kerjanya, selain bapa saudaranya juga menetap di kawasan berkenaan. – myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=QanJ2FDLlmA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd