• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Cadang Laksana Sistem Tambahan Ringgit

oleh Ahmad Albab
30/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang melaksanakan sistem tambatan ringgit bagi menangani kejatuhan nilai ringgit ketika ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata kerajaan tidak melaksanakan dasar yang sama seperti krisis kewangan pada 1997-1998 berikutan kedudukan ekonomi Malaysia ketika ini berbeza berbanding situasi ketika itu.

Katanya ia disebabkan kedudukan ekonomi negara pada masa kini masih berada pada tahap kukuh.

“Keadaan semasa didorong perkembangan global seperti yang dialami negara serantau, yang penting aktiviti ekonomi kewangan negara masih tidak terjejas dan langkah ekstrem seperti tambatan ringgit untuk situasi ekstrem dan kita tidak mengalami situasi itu,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan) mengenai cadangan kerajaan melaksanakan tambatan ringgit sebagai pelan tindakan komprehensif kerajaan bagi menangani kejatuhan nilai ringgit sekiranya ekonomi negara dan dunia terus merudum.

Chua berkata Bank Negara juga mempunyai peruntukan undang-undang yang berkaitan untuk menghalang aktiviti spekulasi terhadap ringgit.

Terdahulu, menjawab mengenai pelan tindakan kerajaan, Chua berkata penyusutan nilai ringgit akan menyebabkan peningkatan kos pengeluaran berikutan kenaikan harga bahan mentah yang diimport.

Bagaimanapun, katanya kesan itu akan diserap oleh harga bahan mentah yang lebih rendah susulan kejatuhan harga minyak global dan harga komoditi.

“Harga minyak mentah global turun 47 peratus sementara harga makanan dunia turun sebanyak 12 peratus sejak September 2014.

“Oleh itu kesan terhadap kos bagi pengeluar adalah terkawal. Ini ditunjukkan oleh Indeks Harga Pengeluar yang turun sebanyak 3.5 peratus antara September 2014 dan Januari 2015,” katanya.

Chua bagaimanapun berkata kesan terhadap kadar inflasi adalah kecil memandangkan barangan import tidak termasuk petrol dan diesel mencakupi 7.2 peratus daripada bakul Indeks Harga Pengguna (IHP).

Beliau berkata ekonomi negara masih berada pada tahan kukuh dengan mencatat pertumbuhan yang mapan sebanyak enam peratus pada tahun 2014 berbanding 4.7 peratus pada 2013.

Katanya pertumbuhan ekonomi yang baik itu adalah hasil daripada pelbagai inisiatif yang diambil untuk mempelbagaikan ekonomi negara serta meningkatkan daya tahan dan daya saing negara.

“Pertumbuhan ekonomi ini dipacu oleh permintaan domestik dan asas-asas ekonomi kekal kukuh seperti kadar pengangguran yang rendah, sistem kewangan yang teguh dan rizab antarabangsa yang tinggi iaitu sebanyak U0S109.2 bilion (RM381.5 bilion),” katanya. – BERNAMA

Tags: KerajaanParlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd