• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedudukan Hutang Luar Negeri Malaysia Kekal Terurus

oleh AK-47
13/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.

Pada akhir 2014, keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan di dalam negeri dan luar pesisir, adalah berjumlah RM582.8 bilion atau 54.5% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Daripada jumlah tersebut, 97.1% atau RM566.1 bilion adalah hutang domestik, sementara bakinya RM16.8 billion atau 2.9% merupakan hutang luar pesisir.

Kerajaan terus komited dalam memastikan paras hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55% daripada KDNK.

Selaras dengan keperluan pelaporan hutang di peringkat antarabangsa mengikut konvensyen standard Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kedudukan hutang luar negeri Malaysia dikira berdasarkan definisi baharu yang terdiri daripada pinjaman luar pesisir oleh Kerajaan Persekutuan, perusahaan awam dan sektor swasta; dan pegangan sekuriti hutang, deposit dan kredit perdagangan dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin (foreign holders).

Pada akhir 2014, jumlah hutang luar negeri Malaysia berada pada paras RM744.7 bilion atau 69.6% daripada KDNK.

Pada tahun 2013, hutang luar negeri ini mencatat RM696.6 bilion atau 70.6% daripada KDNK. Walaupun jumlah hutang luar negeri meningkat sederhana sebanyak 6.9%, namun peratusannya kepada KDNK adalah lebih rendah berbanding tahun 2013.

Daripada jumlah ini, sebanyak 42% merupakan pegangan sekuriti hutang dan deposit oleh bukan pemastautin; 37% adalah hutang sektor swasta; 10% hutang perusahaan awam; 9% adalah kredit perdagangan dan lain-lain pinjaman serta 2% adalah hutang luar pesisir Kerajaan Persekutuan.

Hutang luar negeri berdasarkan definisi baharu mencerminkan paras pegangan sekuriti hutang dan deposit dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin yang tinggi, yang mencakupi lebih 40% daripada jumlah keseluruhan hutang luar negeri.

Ini adalah disebabkan oleh kedalaman (depth), keterbukaan (openness) dan daya tarikan (attractiveness) yang lebih meluas terhadap pasaran kewangan Malaysia. Pasaran kewangan Malaysia telah berkembang dengan pesat hasil daripada kemajuan dalam liberalisasi sektor kewangan.

Adalah penting untuk diberi perhatian bahawa hutang luar pesisir bagi Kerajaan Persekutuan adalah kecil, hanya meliputi 2% daripada jumlah keseluruhan hutang luar negeri tersebut.

Hutang luar pesisir Kerajaan Persekutuan kekal tidak berubah dan rendah pada paras RM16.8 bilion atau 1.6% daripada KDNK.

Kementerian Kewangan Malaysia
12 Mac 2015

Tags: HutangkementerianMalaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

VIDEO: Biadap… Jurulatih Tendang Kanak-Kanak Ketika Perlawanan!

Next Post

VIDEO: Mesti Tengok.. Bila Bateri Telefon Bimbit Dicucuk Pisau

Related Posts

Malaysia Pertahan Hak Iran Serang Balas Israel – PM

Malaysia Pertahan Hak Iran Serang Balas Israel – PM

15/06/2025
0

LUMUT - Malaysia mempertahankan kedaulatan dan hak Iran untuk bertindak balas terhadap serangan dilakukan rejim Israel yang disifatkan sebagai biadab...

Malaysia Tak Hirau Gesaan Trump Untuk Tidak Hadir Sidang PBB

Malaysia Tak Hirau Gesaan Trump Untuk Tidak Hadir Sidang PBB

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak menghiraukan gesaan Amerika Syarikat (AS) yang melobi negara asing supaya tidak menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

Next Post

VIDEO: Mesti Tengok.. Bila Bateri Telefon Bimbit Dicucuk Pisau

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd