• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Tambah Lebih 800 Pegawai Baharu Pantau Pelaksanaan GST

oleh Ahmad Albab
30/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menambah lebih 800 pegawai baharu dalam tempoh tiga bulan bagi memantau pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) supaya lebih telus.

Pengarah GST Kastam Datuk Subromaniam Tholasy berkata pengambilan baharu ini merupakan baki daripada sejumlah 1,600 pengambilan baharu yang telah diluluskan oleh kerajaan baru-baru ini.

“Setakat ini, Kastam telah mengambil hampir separuh daripada jumlah 1,600 yang diluluskan kerajaan dalam usaha memastikan pelaksanaan GST ini berjalan dengan telus, tanpa sebarang penyelewengan.”

“Pengambilan baharu ini dijalankan secara berperingkat dan kita berharap ia akan dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan,” katanya selepas majlis pelancaran set panduan GST oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Setakat ini, beliau berkata pegawai GST berjumlah kira-kira 3,000 orang.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata Kastam akan mewujudkan 10 talian tambahan ‘Helpdesk GST’ di pejabat kastam seluruh negara bagi meningkatkan kefahaman masyarakat dan peniaga terhadap sistem GST.

Beliau berkata langkah berkenaan dijalankan berikutan jangkaan pertambahan pertanyaan daripada masyarakat berkenaan CBP sejurus sistem cukai ini diperkenalkan Rabu ini.

“Talian Helpdesk akan disambungkan kepada 10 talian yang akan dikendalikan oleh 10 pegawai bagi menjawab persoalan berkaitan GST,” katanya.

Talian dibuka setiap hari bermula 8.00 pagi hingga 10.30 malam.

Pada majlis itu, Najib melancarkan Buku FAQ GST, TAP Handbook, Video Multimedia Panduan Mengemukakan Penyata dan Bayaran GST dan Hotline Helpdesk GST.

Turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Siregar, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dan pegawai kanan Kastam.

Buku FAQ mengandungi jawapan bagi soalan-soalan lazim berkaitan GST untuk orang ramai.

Buku TAP Handbook dan Video Multimedia Panduan Mengemukakan Penyata dan Bayaran GST pula ialah mengenai panduan untuk peniaga yang telah berdaftar GST mengenai cara mengisi dan mengemukakan Borang Penyata GST serta kaedah dalam membuat pembayaran. – BERNAMA

Tags: GSTKastam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terjun Bidang Seni, Farhan Nafi Tumpang Glamor Abby Abadi

Next Post

Monorel Tergendala: Lepas Tayar Terbakar.. Tren ‘Sangkut’ Di Imbi

Related Posts

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Next Post

Monorel Tergendala: Lepas Tayar Terbakar.. Tren 'Sangkut' Di Imbi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd