• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Minta SPAD Tangguh Naik Tambang Pengangkutan Awam

oleh Ahmad Albab
22/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Kabinet meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar menangguhkan dahulu kenaikan kadar tambang baharu pengangkutan awam seperti yang diumumkan suruhanjaya itu, dua hari lepas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata mesyuarat kabinet semalam telah membincangkan perkara itu dan berpendapat kenaikan tambang itu tidak sesuai diumumkan dalam keadaan sekarang.

“Kabinet semalam telah berbincang mengenai perkara itu dan berpendapat asas untuk kenaikan itu ada… seperti kata sudah lama tidak naik dan pengusaha (pengangkutan awam) telah menanggung kerugian dan tidak dapat membayar gaji pekerja setimpal.

“Isu yang timbul termasuk soal kecekapan dan mereka merayu. Asas itu memang ada lah cuma soal berbangkit adalah timingnya (masa yang sesuai),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-cawangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Pagoh di Seri Pekembar di sini, hari ini.

SPAD pada dua hari lalu mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus manakala bas ekspres pula naik 22.6 peratus bermula 15 Mei ini.

Kenaikan itu berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata penyelarasan kadar tambang itu dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga barangan dan kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu.

Muhyiddin berkata pengumuman SPAD itu tidak sesuai pada masanya ketika Cukai Barangan dan Perkhidmatan akan dilaksanakan pada 1 April ini.

“Saya fikir mungkin kita (kabinet) minta perkara itu ditangguh dahulu kerana mungkin masa tidak begitu sesuai lebih lagi diumumkan tarikh yang sama mengenai GST.

“Beban pengguna itu mungkin bertambah terutama mereka yang tinggal di bandar yang menggunakan pengangkutan awam dan sebagainya,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata SPAD perlu melihat keadaan itu secara keseluruhan dan menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan kenaikan tambang itu nanti.

Katanya SPAD sementara itu boleh berbincang dan membawa perkara tersebut ke kabinet untuk mengambil kira pandangan semua pihak.

“Ambil kira pandangan pelbagai pihak walaupun sedar mereka ada asas untuk menaikkannya,” katanya. – BERNAMA

Tags: kabinetSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

23/10/2025
0

KOTA KINABALU: Perincian dasar dan polisi yang terkandung dalam draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli dijadualkan akan dibentangkan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd