• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Giat Didik Rakyatnya Asingkan Sampah Sebelum Sept

oleh Ahmad Albab
27/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tinggal lima bulan lagi sebelum kerajaan melaksana dan mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat, selaras dengan usahanya memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.

Johor merupakan antara lapan negeri yang bakal menguatkuasakan peraturan ini menjelang September.

Pelbagai rancangan dirangka di peringkat kerajaan negeri, swasta dan masyarakat, yang dilihat penting bagi menjayakan program berkenaan.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Johor (PPSPPA) Asri Amat berkata pelaksanaan pengasingan sisa bermula dari punca (sampah di rumah) dijangka dipergiatkan melalui gerakan komuniti di setiap daerah di negeri ini.

“Dijangka 50 komuniti dari 10 cawangan dari daerah seluruh Johor akan terlibat dalam program ini yang mana mereka akan diajar dengan cara yang betul membuat pengasingan sampah,” katanya ketika dihubungi Bernama, baru-baru ini.

Menurutnya, pemberitahuan setiap rumah adalah agak mustahil, oleh itu penyebaran maklumat secara berperingkat kepada penduduk melalui komuniti lebih sesuai dengan taklimat dan tunjuk ajar mengenai cara pengasingan sampah akan dilakukan.

“Setiap rumah harus mengasingkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti kertas, botol plastik, kaca dan sebagainya, ke dalam plastik khas dan diletakkan di tepi tong sampah,” katanya.

Asri berkata pengasingan sampah ini memudahkan pihaknya menjalankan aktiviti pemungutan iaitu dilakukan sekali setiap minggu untuk sampah (yang diasingkan) termasuk sisa pukal (sisa perabot dan kebun) manakala sisa domestik (restoran) dilakukan dua kali seminggu.

Beliau menjangkakan pelaksanaan program ini tidak menghadapi masalah kerana sudah ramai penduduk di negeri ini sudah mengasingkan sampah, misalnya kewujudan lori bergerak yang membeli surat khabar lama untuk kitar semula.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Abd Latif Bandi berkata pihaknya menyambut baik pelaksanaan itu kerana sejajar dengan program yang bakal dilancar di negeri ini iaitu “Johor Bersih dan Lestari”.

“Tindakan tersebut dapat mendisiplinkan rakyat, selaras dengan usaha kerajaan negeri ke arah menjadikan Johor, negeri yang bersih dan lestari,” katanya kepada Bernama.

Abd Latif berkata tanggungjawab menjaga kelestarian alam sekitar bukan terletak di bahu pihak berkuasa tempatan sahaja, malah ia perlu dipraktikkan oleh seluruh peringkat masyarakat termasuk menjaga kebersihan dan alam sekitar.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat mengakui akan ada cabaran dalam melaksanakannya terutama sikap, persepsi dan disiplin masyarakat.

“Kita bimbang dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak mahu ambil tahu. Apabila ada kompaun dikenakan, ada kalangan mereka akan menyalahkan kerajaan dan mencari alasan untuk memastikan pelaksanaan seperti ini ditunda atau ditangguh,” katanya.

Ayub berkata kerajaan perlu tegas dalam melaksanakannya mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi memastikan objektif untuk memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.

Pada 24 Feb lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara mandatori mulai September.

Ini adalah sebahagian dari usaha kerajaan untuk mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan, sekali gus meningkatkan aktiviti 3R (guna semula, kurangkan, kitar semula).

Bagi mereka yang ingkar, kompaun sebanyak RM1,000 akan dikenakan.

Selain Johor, negeri yang akan melaksanakan usaha ini adalah Pahang, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis. – BERNAMA

Tags: Sampah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rezeki Berhijab, Che Ta Terima Kontrak RM1 Juta

Next Post

Lebih 50 Cedera Nahas Keretapi Di Thailand

Related Posts

Isu Melayu Sampah: Jangan Jadi Dalang Cetus Kontroversi

19/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak pengurusan kilang dan industri di negara ini menjaga sensitiviti kaum. Naib...

“Apa Kata Zuraida? Ampang Jaya Kawasan Sampah”

21/05/2019
0

1. Negara kita, Malaysia sudah terkenal di seluruh dunia pada tahun 2018 sebagai pengimport sampah dan sisa plastik yang terbesar...

Next Post

Lebih 50 Cedera Nahas Keretapi Di Thailand

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd