• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa RCI Sedia Terima Cadangan Semua Pihak

oleh Ahmad Albab
01/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Jawatankuasa Kerja untuk meneliti kandungan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) di Sabah sedia menerima cadangan bagi menyelesaikan isu itu, kata Pengerusinya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, pihak jawatankuasa akan menerima apa sahaja cadangan daripada pelbagai pihak sama ada individu, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

“Kami (jawatankuasa kerja) akan mengumpul semua cadangan itu dan sekiranya cadangan itu sesuai, ia boleh digunakan untuk membantu menangani masalah Pati di negeri ini.

“Tentu sekali banyak faedah yang kita peroleh daripada cadangan oleh pihak lain. Oleh itu saya berharap ada pihak yang dapat mengemukakan cadangan dan juga idea yang membina,” katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Tawau, di sini hari ini.

Beliau berkata, satu daripada tujuan jawatankuasa kerja itu ditubuhkan adalah untuk mengumpul segala maklumat serta cadangan daripada pelbagai pihak bagi menyelesaikan masalah kehadiran Pati di Sabah.

“Saya berharap jawatankuasa dapat memberi sumbangan besar ke arah penyelesaian isu berkenaan … kami juga berharap agar semua masyarakat di negeri ini dapat berganding bahu untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menangani masalah itu,” katanya.

Pairin berkata, antara penekanan yang dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa kerja itu ialah memastikan setiap agensi penguat kuasa dapat menjalankan tanggungjawab dan peranan mereka untuk menguatkuasakan undang-undang.

Mengulas mengenai majlis rumah terbuka itu, beliau berkata ia dilihat mampu mengeratkan hubungan semua masyarakat berbilang kaum dan agama di daerah itu.

“Rumah terbuka ini telah menghimpunkan semua masyarakat di sini, oleh itu saya berharap mereka dapat mengambil kesempatan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: RCI Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Persatuan Mahu Jimmy Wong Henti Politikkan Laporan RCI

19/12/2014
0

SANDAKAN - Tiga persatuan kebudayaan Suluk dan Bajau di sini mahu Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong berhenti mempolitikkan Laporan Suruhanjaya...

Jangan Politikkan Laporan RCI – SPRM

10/12/2014
0

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali berharap semua pihak tidak mempolitikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd