• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imuniti Ahli Parlimen Tidak Termasuk Akta Hasutan!

oleh Ahmad Albab
17/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar terlupa imuniti untuk Ahli Parlimen berucap di Parlimen tidak termasuk ucapan yang berbaur hasutan.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, ramai Ahli Parlimen menyangkakan mereka kebal untuk berkata apa sahaja di Dewan Rakyat sedangkan ia masih tertakluk di peraturan Parlimen.

“Ramai Ahli Parlimen yang menyangka mereka ada imuniti untuk berucap apa sahaja di Parlimen. Pada umumnya benar, tetapi jangan terlupa rujuk Perlembagaan dan Peraturan Parlimen.

“Kekebalan dan imuniti Ahli Parlimen tidak termasuk ucapan dan tindakan yang tertakluk di bawah Akta Hasutan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar berkata, uucapan menghasut seperti menghina mahkamah merupakan institusi yang dilarang disentuh dalam Parlimen mengundang padah ke atas Nurul Izzah.

Justeru, beliau menasihati Ahli Parlimen yang baru sepenggal dua dilantik sebagai wakil rakyat mempelajari segala peraturan berhubung Parlimen terlebih dahulu sebelum memberi ucapan.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga anak sulung ditahan di bawah Akta Hasutan sebentar tadi.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, Nurul Izzah ditahan berikutan ucapan ‘Ketua Pembangkang’ yang dibuat pada Selasa lalu.

Beliau dalam ucapan itu mengkritik hakim-hakim yang mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas bapanya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

- MYNEWSHUB.CC

Tags: Ahli ParlimenAkta Hasutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat ‘Panas’ 2 Ahli Parlimen Blok Kerajaan Bertikam Lidah

Dewan Rakyat ‘Panas’ 2 Ahli Parlimen Blok Kerajaan Bertikam Lidah

05/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini 'panas' dengan pertikaman lidah membabitkan dua Ahli Parlimen daripada blok kerajaan. Pertikaman lidah tercetus...

Ahli Parlimen Berhak Bawa Apa-apa Usul – Johari Ghani

Ahli Parlimen Berhak Bawa Apa-apa Usul – Johari Ghani

27/07/2025
0

SHAH ALAM: Semua Ahli Parlimen berhak mengemukakan sebarang usul di Dewan Rakyat dan tiada pihak boleh melarang, kata Naib Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd