• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Memfitnah 1MDB – Mohamad Hasan

oleh Ahmad Albab
15/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meminta mana-mana pihak atau individu supaya berhenti memfitnah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Cukuplah tu…serahkan kepada Ketua Audit Negara menjalankan tugasnya dan selepas itu serahkan laporan yang diperolehi kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk diteliti sebelum diumumkan.

Kita beri pada pihak yang benar-benar mempunyai kelayakan dan kewibawaan. Biar PAC yang umumkan keputusan laporan audit itu ‘tanpa rasa takut atau pilih kasih’,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tohmahan yang didakwa dibuat oleh pihak tertentu mengenai 1MDB walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengaudit secara bebas akaun 1MDB.

Mohamad ditemui selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Linggi dekat sini yang dijayakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya jika terbukti ada salah laku, biar undang-undang yang menentukan.
Ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata kecanggihan teknologi dan kemudahan internet haruslah dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai terutamanya golongan belia.

“Gunakanlah kemudahan yang disediakan dengan penuh rasa tanggungjawab. Oleh itu, jangan jadikan internet sebagai medium untuk menyebarkan maklumat yang tidak tepat, berunsur fitnah, memburukkan imej seseorang dan mengganggu-gugat keselamatan orang awam dan juga negara,” katanya.

Katanya penyebaran berita palsu juga boleh mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat, boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perpecahan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

“Justeru, kita perlulah sensitif dan menghormati orang lain,” katanya.

PI1M Linggi merupakan pusat yang pertama dibangunkan di daerah Port Dickson. Sehingga kini, terdapat sebanyak 29 PI1M beroperasi di Negeri Sembilan. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

GST Tidak Jejas Harga Rumah PR1MA

Next Post

Cubaan OKT Kes Dadah Loloskan Diri Gagal

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Cubaan OKT Kes Dadah Loloskan Diri Gagal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd