• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Pertama Bertugas, Puad Zarkashi Menunggu Tepi Jalan

oleh AK-47
19/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARI ini merupakan hari pertama Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memulakan tugas selaku Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Mohd Puad mengisi kekosongan kerusi Ketua Pengarah Jasa selepas Datuk Fuad Hassan meninggal dunia akibat serangan jantung, Disember tahun lalu.

Ketika ditemubual Mynewshub di pejabatnya tengah hari tadi, beliau yang baru selesai berkenalan dengan semua staf di pejabat Jasa yang terletak di Menara MARA, kelihatan bersemangat memulakan tugas baharu.

“Insya-Allah saya menerima tanggung jawab yang diamanahkan Perdana Menteri ini dengan penuh komitmen untuk memastikan fokus Jasa lebih terlaksana dan mencapai matlamat.

“Fokus paling penting sudah tentulah mempertahankan kerajaan hari ini,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Mynewshub mempunyai cerita agak menarik tentang bekas Ahli Parlimen Batu Pahat ini untuk dikongsikan.

Ia berlaku pagi tadi, di hari pertama Mohd Puad memulakan tugasnya.

Kisah ini terkeluar secara tidak sengaja dari mulut beliau ketika sedang berbual mesra dengan kami.

Rupa-rupanya pagi tadi, Mohd Puad yang mempunyai tabiat menepati masa masih belum mahir membuat percaturan waktu dari rumahnya ke pejabat.

Akibatnya jam 8.15 pagi beliau sudah pun terpacak di luar bangunan pejabat Jasa di Jalan Raja Laut!

Bagaimanapun menyedari para staf tentu sedang ‘kelam kabut’ menguruskan pelbagai perkara bagi menyambut hari pertama kedatangannya selaku ketua baharu, beliau memutuskan untuk menunggu di dalam kereta di tepi jalan, hinggalah jam menunjukkan hampir 9 pagi.

Beliau tidak mahu menambahkan lagi tekanan dengan tiba terlalu awal secara tiba-tiba.

“Tak mahu menyusahkan staf,” ujar beliau bila ditanya mengapa tak masuk terus ke dalam pejabatnya daripada menunggu di tepi jalan di belakang bangunan pejabatnya.

Mohd Puad mengakui, sifat tepati masa mula menjadi tabiat selepas beliau pernah ditegur kerana terlambat ketika mahu menemui seorang bekas pemimpin UMNO di Johor, satu masa dahulu.

“Sejak itu saya sangat pentingkan ketepatan masa,” imbau beliau.

Kata beliau, tiba terlalu awal pun adakalanya boleh mewujudkan kesukaran pihak yang hendak ditemui kerana mereka belum bersedia.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=qxtsEk4C20g

Tags: jasaPuad Zarkashi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nurul Izzah Bukan Pembunuh – DAP

Next Post

Murad Ibrahim & Iqbal Bukan Rakyat Malaysia – Zahid

Related Posts

Kes Saman Muhyiddin Terhadap Puad Zarkashi Selesai Secara Baik

Kes Saman Muhyiddin Terhadap Puad Zarkashi Selesai Secara Baik

29/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Kes saman difailkan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung kenyataan yang didakwa...

Puad: Hishammuddin Tak Serik, Penggerak Utama SD Sokong Muhyiddin

Puad: Hishammuddin Tak Serik, Penggerak Utama SD Sokong Muhyiddin

28/01/2023
0

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mendakwa Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein terpaksa digantung keahlian kerana memainkan peranan utama mengumpulkan...

Next Post

Murad Ibrahim & Iqbal Bukan Rakyat Malaysia - Zahid

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd