• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hans Wong Terus ‘Kunci Mulut’ Tentang Tasha Shilla

oleh Ahmad Albab
17/03/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Teman lelaki kepada aktres Tasha Shilla iaitu Hans Wong terus mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung status sebenar hubungannya dengan wanita berkenaan yang terus diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Hans, 25, ketika dihubungi berkata, dia juga tidak mahu membuat komen balas berhubung penjelasan teman wanitanya itu yang mengesahkan percintaan mereka berdua masih berjalan seperti biasa.

“Seperti yang saya beritahu sebelum ini, biarlah Tasha yang beri kenyataan dan saya tidak ada komen lanjut mengenai kenyataan terbaharunya.

“Saya harap anda semua memahami dengan pendirian saya,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Tasha menerusi satu kenyataan menjelaskan dia dan Hans masih pasangan kekasih dan memberitahu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kononnya mereka sudah berpisah.

Bagaimanapun Tasha enggan mengulas dakwaan kononnya penyanyi Kaka Azraff menjadi penyebab kepada keretakan hubungan mereka.

Dalam pada itu, Hans ketika ditanya perkara sama turut memberi jawapan senada dengan Tasha dan enggan menjawab mengenai perkara itu.

Malah pemuda itu enggan berkongsi tentang apa sebenarnya berlaku dalam hubungan mereka sehingga timbulnya kekecohan tersebut.

“Saya minta maaf. Tiada komen,” katanya ringkas.

Terdahulu, pasangan yang mula bercinta sejak 2013 itu dilaporkan berpisah kerana perbezaan agama sebelum nama Kaka dikaitkan sebagai punca perpisahan tersebut. – mStar Online

Tags: pelakontasha shila
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Maips, Thailand Jalin Perkongsian Pintar

Next Post

Ditumbuk Hanya Kerana Gara-Gara Ketawa

Related Posts

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

08/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan polis dibuat keluarga penyanyi dan pelakon, Betty...

Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda RM6,000

Pelakon TV Popular AS, Andre Braugher Meninggal Dunia

13/12/2023
0

LOS ANGELES: Pelakon siri televisyen (TV) popular, Brooklyn Nine-Nine, Andre Braugher meninggal dunia pada usia 61 tahun. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Ditumbuk Hanya Kerana Gara-Gara Ketawa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd