• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Dijangka Menang Tanpa Bertanding – Mustafa

oleh Ahmad Albab
03/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yakin Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan kekal sebagai Presiden PAS tanpa bertanding, pada pemilihan parti itu Jun ini.

Mustafa berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pemimpin dalam parti itu yang akan mencabar Abdul Hadi.

“Setakat yang saya tahu tidak ada pertandingan bagi jawatan Presiden,” katanya selepas Majlis Kutipan Dana Pasca Banjir di sini, hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob merasmikan majlis itu yang turut dihadiri Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood.

Mengenai jawatan Timbalan Presiden PAS yang disandang Mohamad Sabu, Mustafa berkata jawatan itu dijangka berlaku pertandingan.

Mustafa berkata Mohamad Sabu juga akan dipanggil dalam tempoh terdekat ini oleh jawatankuasa khas siasatan parti berhubung wujudnya komplot untuk menjatuhkan Abdul Hadi.

Sementara itu, mengulas perkara sama, Hassan yakin Abdul Hadi akan kekal sebagai Presiden PAS tanpa dicabar oleh mana-mana pihak.

“Sekarang ini tidak ada tokoh untuk menandingi dia (Abdul Hadi). Setakat ini Abdul Hadi adalah yang terbaik dalam kalangan kita. Kekuatan PAS ialah Islam, pemimpin tertinggi (Presiden) mesti orang yang menguasai Islam dari segi ilmunya, bahasa Arab, berwibawa dan mampu mentadbir,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hadi AwangPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd