• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Tidak Jejas Harga Rumah PR1MA

oleh Ahmad Albab
16/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak akan menjejaskan harga rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), kata Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia, Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis.

Jamaludin berkata, sebaliknya, pihaknya akan memastikan harga rumah yang dijual sekurang-kurangnya 20 peratus lebih rendah daripada pasaran setempat.

“Rumah PR1MA tidak ada impak dengan GST, sebaliknya kita mahu pastikan harga rumah PR1MA ini, sekurang-kurangnya 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran setempat. Kita tidak boleh ambil ukuran harga pasaran tempat lain, ia mesti berasaskan dengan harga setempat.

Kita tidak mahu jual rumah yang terlalu mahal atau terlalu murah, kalau terlalu mahal orang tidak mampu, sebab itu kita mahu tengok permohonan, berapa gaji mereka, kemudian kita akan tentukan satu paras,” katanya dalam sidang media selepas melawat tapak projek Bandar Utama, Sidam Kiri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Jamaludin berkata bagi pemohon yang tidak mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan, terdapat Skim Sewa Beli yang membolehkan mereka mendapatkan rumah PR1MA.

“Kita sedar, ramai orang sama ada di bandar atau luar bandar, yang kerja sendiri, tiada penyata gaji, pemandu teksi, penjaja kecil, mereka juga berhak mendapat rumah PR1MA.

Pemohon bagaimanapun perlu memohon pembiayaan menerusi bank terlebih dahulu, jika terbukti permohonan mereka ditolak oleh tiga bank, kita akan bawa mereka menerusi Skim Sewa Beli,” katanya.

Jamaludin berkata, sejumlah 2,744 unit rumah PR1MA akan dibina di kawasan Sungai Petani dengan harga permulaan RM118,000 dan sehingga kini pihaknya telah menerima 1,872 permohonan untuk fasa pertama yang melibatkan 970 unit rumah.

“Saya lihat perjalanan pelaksanaan projek ini amat baik dan saya yakin 970 unit rumah ini akan siap menjelang akhir tahun ini dan penyerahan kunci akan dibuat secara cabutan bagi pemohon yang layak, permohonan masih dibuka sama ada secara atas talian, Kerajaan Negeri atau pejabat jualan di tapak projek,” katanya. – BERNAMA

Tags: GSTPR1MA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

China Tak Berada Dalam Deflasi, Kata PM Li Keqiang

Next Post

Hentikan Memfitnah 1MDB – Mohamad Hasan

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

Next Post

Hentikan Memfitnah 1MDB - Mohamad Hasan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd