• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Akan Tetap Dilaksana Pada 1 April – Ahmad Maslan

oleh Ahmad Albab
06/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini berikutan yakin bahawa sistem percukaian baharu itu lebih baik daripada cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata keyakinan itu juga berdasarkan faktor tidak ada satu pun daripada 169 negara yang melaksanakan GST menarik balik pelaksanaannya.

“Kerajaan amat yakin ia tidak silap dalam membuat keputusan untuk melaksanakan GST. Kerajaan juga amat yakin kerana ia adalah standard cukai antarabangsa.

“Terdapat kira-kira 194 buah negara di dunia ini dan 169 buah negara atau 85 peratus daripadanya melaksanakan GST. Manakala terdapat 90 peratus penduduk di dunia ini berada dalam negara yang melaksanakan CBP,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan GST, Bajet dan Isu-Isu Semasa peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

Beliau juga berkata mustahil GST tidak baik kerana majoriti negara di dunia ini melaksanakannya.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan GST tidak berlandaskan Islam, Ahmad berkata Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Oktober lepas mengesahkan bahawa kerajaan harus mengutip GST.

“Sebab pertama Muzakarah berpandangan GST harus dilaksanakan (ialah) kerana ia berpendapat isu cukai merupakan siyasah syar’iyah yang bergantung kepada kepentingan yang berbeza antara sebuah negara dengan negara lain dan maslahah (kepentingan) sesuatu zaman berbanding zaman lain.

“Apa yang disebut dalam GST ini, ia bukan suatu yang melanggar syarak kerana ia memenuhi maslahah daruriyat (kepentingan dan keperluan yang mendesak) dan hajiyat rakyat (keperluan asas biasa).

“Ini bermakna, jika GST ini boleh membantu rakyat dalam memenuhi keperluan dan kepentingan rakyat, maka ia dibenarkan,” katanya.

Ahmad berkata wujud keperluan mendesak untuk membasmi kemiskinan, mengadakan pembangunan dan memberi pendidikan kepada rakyat dan negara tidak boleh hanya bergantung kepada zakat.

“Hasil zakat tidak mencukupi, itu sebab perlu cukai,” katanya.- BERNAMA

Tags: Ahmad MaslanGST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Tidak Wajar ‘Bail-Out’ 1MDB, Tegas Muhyiddin

Next Post

Arahan PM Audit Akaun 1MDB Bukti Ketegasan Kerajaan

Related Posts

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Next Post

Arahan PM Audit Akaun 1MDB Bukti Ketegasan Kerajaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd