• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Germanwings: Penyiasat Teliti Serpihan Cari Petunjuk Nahas

oleh Ahmad Albab
26/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEYNE-LES-ALPES (Perancis) – Pasukan penyiasat Perancis akan meneliti serpihan pesawat sebagai petunjuk untuk merungkai punca pesawat pesawat Airbus milik Germanwings terhempas di pergunungan Alps, semalam.

Nahas udara itu mengorbankan semua 150 orang di dalam pesawat termasuk 16 kanak-kanak sekolah yang pulang daripada program lawatan pertukaran ke Sepanyol.

Pesawat A320 milik anak syarikat kepada Lufthansa itu terhempas di kawasan lurah pergunungan semalam ketika dalam penerbangan melintasi Perancis dari Barcelona, Sepanyol ke Duesseldorf, Jerman.

Tiada panggilan kecemasan diterima dari pesawat namun kerajaan Perancis berkata, salah satu daripada kotak hitam pesawat ditemui di kawasan terhempas yang terletak di ketinggian 2,000 meter dari paras laut.

Difahamkan kotak hitam berkenaan adalah perakam suara di kokpit pesawat.

Penyiasat dikatakan memerlukan satu lagi kotak hitam iaitu perakam data penerbangan dan maklumat daripadanya amat penting untuk menentukan punca nahas udara itu.

Penyiasat penerbangan awam dari Perancis (BEA) dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai perkara itu lewat petang ini.

Di Washington, Rumah Putih mengeluarkan kenyataan bahawa punca nahas bukan disebabkan daripada serangan pengganas. – Reuters

Tags: GermanwingsNahas Pesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd