• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Germanwings: Co-Pilot Beli Dua Kereta Audi Sebelum Nahas

oleh Ahmad Albab
29/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMBANTU juruterbang Germanwings, Andreas Lubitz dikatakan telah membeli dua kereta Audi bagi kegunaan persendirian dan juga untuk diberikan kepada teman wanitanya pada minggu lalu sebelum nahas membabitkan pesawat malang itu.

Lubitz membeli kereta Audi tersebut dari wakil jualan di pinggir Dusseldorf berhampiran pangsapuri miliknya, tempat dia tinggal bersama kekasihnya.

Tiga hari sebelum kejadian, salah satu kereta tersebut telah dihantar pada hujung minggu lalu.

Majalah Fokus berkata kereta yang dihantar tersebut tidak dapat dipastikan sama ada milik Lubitz atau teman wanitanya.

Bagaimanapun media Jerman mendakwa walaupun Lubitz menghadiahkan kekasihnya kereta tersebut, hubungan mereka dikatakan bermasalah dan besar kemungkinan akan berpisah.

Perkara ini juga menjadi punca kepada tragedi pesawat Germanwings itu.

Wanita yang dirahsiakan identitinya itu difahamkan kembali tinggal bersama keluarganya semasa polis forensik Jerman menjalankan siasatan penuh di Dusseldorf.

Pasangan ini tinggal di sebuah pangsapuri tingkat atas di pinggir bandar.

Habibalah Hassani, 53, yang menguruskan restoran piza di situ memaklumkan dia sering melihat pasangan tersebut bersama-sama.

“Mereka berdua sangat baik, pasangan muda yang peramah. Kekasihnya adalah seorang wanita yang sopan dan menarik. Mereka akan datang ke kedai saya dua kali seminggu.

“Dia pernah beri tip kepada saya dan sangat murah hati. Dia memberitahu saya akan terbang ke San Francisco. Namun saya tidak melihat mereka selama beberapa bulan sebelum kejadian tersebut berlaku,” katanya. – mStar

Tags: Germanwings
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Germanwings: Mayat 16 Pelajar Sekolah Selamat Disemadikan

11/06/2015
0

HAMPIR tiga bulan selepas nahas udara Germanwings, seramai 16 jasad pelajar sekolah dan dua guru mereka selamat disemadikan, baru-baru ini....

Germanwings: Co-Pilot Sudah Berlatih Junamkan Pesawat

08/05/2015
0

SUSULAN kes sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Germanwings yang disyaki sengaja dijatuhkan di kawasan Pergunungan Alps, Perancis, pakar berjaya menemui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd