• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geran Kembali Berkerjaya Galakkan Wanita Kembali Bekerja

oleh Ahmad Albab
02/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini melancarkan Geran Kembali Berkerjaya untuk menggalakkan wanita yang berhenti kerja buat sementara untuk kembali bekerja.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim geran sebanyak RM10 juta di bawah Bajet 2015 yang diberikan melalui Talent Corp Malaysia Bhd (TalentCorp) itu merupakan sebahagian daripada agenda nasional untuk meningkatkan penyertaan kaum wanita di tempat kerja dan memaksimumkan modal insan negara.

“Inisiatif ini juga akan menyokong para majikan dalam memenuhi keperluan modal insan mereka serta meningkatkan kepelbagaian dan keterangkuman di tempat kerja bagi menyumbang kepada kejayaan jangka panjang perniagaan,” kata Rohani ketika menyempurnakan Program Kembali Berkerjaya 2015 di sini, Isnin.

Jelasnya Geran Kembali Berkerjaya yang terdiri daripada Geran Penyumberan Tenaga Kerja (GPTK) dan Geran Pengekalan Kerja (GPK) menyasarkan 200 wanita yang berhenti kerja kerana menjaga anak-anak untuk kembali bekerja pada tahun ini.

GPTK akan membolehkan syarikat menerima pembiayaan bersama sebanyak 75 peratus daripada kos untuk mengambil wanita kembali bekerja yang antaranya merangkumi kos pengambilan kerja dan pelaburan ke atas teknologi.

GPK pula disediakan kepada syarikat yang berjaya merekrut dan mengekalkan wanita yang kembali bekerja bagi tempoh melebihi enam bulan yang jumlah geran adalah bersamaan satu bulan gaji wanita yang kembali bekerja tersebut, katanya.

Rohani berkata inisiatif ini berupaya membantu kerajaan mencapai sasaran 55 peratus penyertaan wanita dalam tenaga kerja menjelang akhir tahun ini dan 30 peratus kaum wanita yang berperanan sebagai pembuat keputusan menjelang akhir tahun 2016.

Setakat 2013 Malaysia mempunyai 52.4 peratus tenaga kerja wanita yang jumlah ini adalah yang paling rendah dalam kalangan negara Asean, katanya.

Sementara itu Rohani turut mengumumkan kementeriannya hari ini menjadi kementerian pertama memperkenalkan aturan kerja yang fleksibel kepada kakitangan wanita di kementerian itu yang menunjukkan prestasi tinggi iaitu mencapai markah penilaian 85 peratus.

“Bermula hari ini kami (kementerian) membuka permohonan kepada kakitangan wanita yang ingin menyertai program ini yang mereka akan diberi tiga pilihan aturan kerja iaitu bekerja dari rumah pada waktu kerja; waktu datang dan pulang dari kerja yang fleksibel selagi memenuhi tempoh waktu bekerja; diberikan pelepasan pulang awal dan baki jam ‘dibayar’ balik kemudian,” katanya.

Katanya, program perintis itu akan mula dilaksanakan pada 15 Mac nanti selama tiga bulan sebelum diberi penilaian ke atas keberkesanannya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Johan Mahmood Merican.

Bersempena dengan program ini kementerian dan TalentCorp turut menganjurkan Pameran Kembali Berkerjaya yang membolehkan lebih 30 majikan yang mengambil bahagian bertemu secara langsung dengan wanita yang ingin kembali bekerja. – BERNAMA

Tags: kerjayaWanita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Palanivel, 3 Lagi Fail Semakan Kehakiman Bagi Batalkan Keputusan RoS

Next Post

Video: Perkahwinan Paling ‘Sporting’ !

Related Posts

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

28/04/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang bersarapan maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan merempuh sebuah kedai makan...

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

27/02/2025
1

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita pulang awal ketika Ramadan. Menteri Besar...

Next Post

Video: Perkahwinan Paling 'Sporting' !

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd