• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fitnah Majlis Raja-Raja Isu Hudud: 3 Pengarang Kanan TMI Ditahan

oleh AK-47
31/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORTAL The Malaysian Insider melaporkan, tiga pengarang kanan mereka telah ditahan polis petang ini berhubung satu laporan mengenai hudud yang menyentuh Majlis Raja-raja.

Pengarang urusan Lionel Morais, pengarang berita bahasa Amin Shah Iskandar dan pengarang analisis dan rencana Zulkifli Sulong ditahan pihak polis yang datang membuat serbuan bersama anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di pejabat portal berkenaan di Mutiara Damansara, sekitar jam 5.52 petang.

Tindakan itu susulan laporan polis yang dibuat oleh wakil Majlis Raja-raja minggu lepas.

Dalam masa kira-kira setengah jam, pihak polis dan SKMM dikatakan telah memeriksa komputer salah seorang pengarang sebelum menyoalsiasat Morais, Amin dan Zulkifli.

Turut hadir bersama pihak berkuasa adalah peguam Syahredzan Johan yang menjelaskan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

TMI dalam satu laporan yang siarkan pada 25 Mac lalu, mendakwa mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.

Laporan berkenaan dikatakan ditulis berdasarkan satu sumber yang tidak dimaklumkan.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: isu hududPortal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wajah Baharu Bernama.com Lebih Segar

21/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Portal rasmi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, www.bernama.com kini berwajah baharu dengan kandungan dan imej yang lebih segar....

Portal Digital Usaha Sama Bernama, RTM & Japen Bakal Diwujudkan

20/12/2018
0

JOHOR BAHRU - Perkhidmatan digital atau portal digital usaha sama antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd