• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didakwa Dera Dan Eksploitasi Amah Indonesia

oleh Ahmad Albab
09/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang ahli perniagaan wanita hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan mengeksploitasi dan mendera pembantu rumahnya warga Indonesia.

Zuliana Rahhin, 34, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia 34 tahun di rumahnya di Taman Bercham Suria di sini pada 2013 dan 2014.

Bagi kesalahan mengeksploitasi, dia didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan mendera, dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa menggunakan penyapu, pisau dan seterika terhadap mangsa.

Jika sabit kesalahan, Zuliana berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab memohon tertuduh tidak dibenar ikat jamin atas alasan kedua-dua kes adalah serius.

Peguam Fey Aqis Mohd Khairuddin pula memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas alasan Zuliana perlu menyara tiga anak dan seorang daripada mereka menghidap penyakit jantung berlubang.

“Tertuduh juga sedang menerima rawatan penyakit mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan,” katanya.

Hakim Noor Hayati Mat membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 April depan untuk menyebut semula kes itu. – BERNAMA

Tags: Derakes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd