• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suka Memerap Di Rumah, Punca Dayang Belum Ada Kekasih

oleh AK-47
05/03/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALUNAN suara gemersik dan lontaran vokal mantap Dayang Nurfaizah yang seringkali memikat hati penonton bukanlah rahsia lagi.

Tetapi selepas lebih sedekad bertapak dalam dunia hiburan, kisah peribadi bintang kelahiran Sarawak ini jarang sekali didedahkan di mana-mana media cetak mahupun elektronik.

Menjawab persoalan ini, Dayang mengakui hatinya masih lagi tidak berjaya ditawan mana-mana lelaki yang boleh digelar teman istimewa.

DSC_0848

Bakal menjangkau usia 33 tahun tidak lama lagi, Dayang mendedahkan dia sudah bersedia namun menyerahkan urusan jodoh kepada Tuhan.

“Dayang serahkan pada Tuhan. Kalau esok lusa datang jodoh, Dayang terima.

“Ini tidak bermakna Dayang tutup diri Dayang sebaliknya sentiasa menunggu,” katanya.

Jelasnya lanjut, kerjaya sebagai penyanyi menyebabkan dia perlu hati-hati memilih insan istimewa yang boleh memahami dirinya.

Namun pada masa sama, Dayang yang mempunyai karektor manja tidak menolak kaitan dirinya yang tiada teman istimewa dengan sikapnya yang lebih senang ‘memerap’ di rumah pada waktu lapang.

“Kalau nak kata Dayang memerap di rumah, itu ya. Dayang memang jarang keluar. Inilah masalah.. Dayang kena keluar selalu lepas ini,” katanya sambil tersenyum.

Tak apalah Dayang, kami pasti ramai yang menaruh minat terhadap Dayang di luar sana dan pengakuan ini mungkin membuatkan mereka berusaha lebih gigih untuk mendekati selepas ini.

Kelak, pandai-pandailah memilih lelaki yang memahami dan mampu membahagiakan Dayang ye? – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=obl8ZsaLeqM

Oleh: FARAH
Foto/Video: RIZA RAZAK

Tags: Dayang Nurfaizahjodoh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Jodoh Pernah Lintas Depan Mata” – Fahrin

10/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Jodoh di antara pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad dengan isterinya, Elena Hani rupanya kuat sejak 20 tahun...

Bakal Menantu Ditawar 10 Juta Baht

07/03/2019
0

BANGKOK - Seorang bapa bergelar jutawan di sini menawarkan ganjaran sebanyak 10 juta baht (RM1.3 juta) kepada mana-mana lelaki yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd