• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Tak Hormat Proses Demokrasi – Mahfuz

oleh Ahmad Albab
17/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebahagian daripada proses demokrasi yang perlu dihormati oleh semua pihak termasuk parti DAP.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS tidak pernah memaksa DAP menyokong pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan itu tetapi sekurang-kurangnya wajar menghormati proses demokrasi berkenaan.

“Ia bukanlah perkara baru dan merupakan sebahagian daripada perjuangan PAS buat sekian lama. Aspirasi dan kehendak rakyat yang telah memberikan amanah kepada PAS untuk mentadbir Kelantan sejak tahun 1990 perlulah dihormati.

“Apatah lagi, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan itu hanya melibatkan orang Islam sahaja maka amatlah tidak wajar DAP melatah pula dalam hal ini. Sepertimana PAS boleh berlapang dada terhadap hal prinsip dan dasar perjuangan DAP, maka sebegitulah yang sepatutnya dipraktikkan oleh DAP kepada PAS,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahfuz turut menyelar kecaman DAP yang menuduh PAS mahu menjalin kerajaan perpaduan (UG) dengan Barisan Nasional (BN) memandangkan ada ADUN BN mungkin menyokong pindaan enakmen itu.

“Sepertimana di Parlimen, tidaklah menjadi perkara yang aneh apabila ada ketikanya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat turut menyokong usul dan pindaan yang dibentangkan oleh pihak kerajaan.

“Adakah ini bermakna PR sudah ‘berUG’ dengan BN..? Politik yang matang adalah meletakkan kepentingan rakyat di hadapan bukannya sempadan politik kepartian yang tidak berkesudahan,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: DAPMahfuz Omar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran 3 Rumah

Next Post

Guan Eng, Kit Siang Berpura-Pura Bantah Hudud?

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

Guan Eng, Kit Siang Berpura-Pura Bantah Hudud?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd