• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Dapati Saiz Zakar Lelaki Moden Makin Pendek

oleh
03/08/2017
dalam Hangat
34
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Ketika Britain bersiap sedia menganjurkan buat julung kali Fiesta Zakar Kecil Antarabangsa pada 7 Mac di Whitechapel dekat sini, penganjur acara itu menerima berita amat memeranjatkan mereka sendiri.

Kajian terbaharu saintis urologi negara itu mendapati, panjang penis lelaki di seluruh dunia pada masa kini secara purata ialah 13.12 sentimeter ketika ereksi dan jika tiada rangsangan nafsu, batang zakar hanya berukuran minimum 9.16 sentimeter.

Penemuan agak mengejutkan itu sekali gus mendedahkan panjang penis lelaki moden baligh dewasa lebih pendek berbanding generasi bapa mereka iaitu 22 sentimeter ketika puncak ereksi dan hanya 10 sentimeter apabila keadaan zakar biasa.

BACA : Malu Zakar Amat Panjang, Remaja Bedah Jadi Batang Pendek

Ant Smith membentuk kumpulan antarabangsa untuk menjaga kebajikan lelaki berzakar pendek pada 2014 dan dia sendiri memiliki batang penis yang kecil. – Gambar hiasan

Pasukan penyelidik itu mengumpul ukuran panjang penis melibatkan 15,000 orang lelaki dari seluruh dunia berusia antara 17 sehingga 91 tahun serta hasil kajian diterbitkan dalam makalah terkini, International Journal of Urology.

Penelitian saintis menunjukkan, tidak ada hubung kaitan antara bangsa dan ukuran zakar selain kajian mendapati, tiada bukti saintifik yang menjelaskan kepercayaan mitos masyarakat kononnya ukuran tapak kaki adalah ukuran penis.

Saintis berharap, data terkini itu dapat membantu ‘meringankan’ masalah kaum Adam yang berasa amat bimbang memiliki batang zakar pendek sehingga terpaksa mengadakan pesta penis kecil sedunia khusus untuk golongan lelaki tersebut.

BACA : Awas Zakar Lelaki Jika Isteri Tidur Posisi Atas Tubuh Suami

Festival zakar pendek yang julung kali diadakan di London turut memberi kesedaran kepada wanita mengenai batang kemaluan bukan ukuran sebenar tahap kepuasan seks. – Gambar hiasan

Fiesta kali pertama itu diilhamkan Ant Smith dan kemudian membentuk kumpulan dikenali sebagai Small Penis User Group sejak 2014 bagi lelaki yang berasa rendah diri kerana batang kemaluan mereka kecil hanya sepanjang kurang 10 sentimeter.

Pada 2014 lalu, sekumpulan saintis antarabangsa turut menjalankan pengukuran zakar normal mengikut negara dan hasilnya batang lelaki Korea adalah paling pendek di dunia iaitu 9.7 sentimeter manakala Congo terpanjang iaitu 18 sentimeter.

Secara purata panjang alat kemaluan lelaki di dunia pada tahun lepas ialah 15 sentimeter dengan batang zakar golongan itu di negara-negara benua Afrika dianggap amat panjang sementara lelaki Asia adalah pendek berbanding Eropah. – Agensi/MYNEWSHUB/HAA

Tags: ereksikemaluannafsupenissekszakar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

6 Kakitangan Kerajaan Sertai IS, Kini Berada Di Syria

Next Post

Ular Tedung Cetus Kekecohan Di Hospital Tuaran

Related Posts

Lelaki Tunjuk Kemaluan Kepada Pelajar Ditahan Polis

Lelaki Tunjuk Kemaluan Kepada Pelajar Ditahan Polis

30/06/2022
0

PUTRAJAYA – Lelaki gila seks yang bertindak menujuk kemaluan kepada pelajar sekolah di sini pada Rabu lalu akhirnya berjaya ditahan...

Menyamar Pakar Sakit Puan, Minta Gambar Kemaluan

13/11/2021
0

Menggunakan nama pakar untuk meminta kemaluan wanita.

Next Post

Ular Tedung Cetus Kekecohan Di Hospital Tuaran

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd