• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Basuh Pinggan Dihendap Sang Tedung

oleh Ahmad Albab
01/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Segamat – Seorang wanita terkejut apabila mendapati seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter berada di kawasan rumah ibunya di Jalan Tahang Rimau, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Sabrina Asraf, 31, membasuh pinggan di dapur sebelum menjenguk ke luar tingkap selepas berasa pelik ketika terdengar bunyi bising haiwan peliharaan ibunya.

“Saya pelik apabila kucing dan ayam tidak berhenti berbunyi lalu memandang melalui tingkap sebelum melihat ular tedung selar yang sangat besar sedang berdiri setinggi kira-kira 1.5 meter.

“Saya terus menghubungi saudara terdekat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk bantuan sambil menutup tingkap dan pintu bimbang ia masuk ke dalam rumah,” katanya.

Suri rumah yang menetap di Kuala Lumpur itu berkata, dia bersyukur kerana anak-anaknya belum keluar bermain di laman rumah seperti kebiasaan.

Dia yang pulang pada hujung minggu ke rumah ibunya, berkata halaman rumah ibunya memang pernah didatangi ular sawa sebelum ini.

“Sudah beberapa kali rumah ini didatangi ular dan saya selalu berpesan kepada ibu supaya sentiasa menutup tingkap dan pintu kerana bimbang haiwan itu masuk ke dalam rumah,” katanya.

Ketua JPAM Daerah Segamat Nur Jazlan Jamaluddin berkata, pihaknya menghantar empat anggota ke tempat kejadian dan menangkap ular tedung selar yang dianggar seberat lebih 40 kilogram itu.

“Kami mengambil masa 25 minit untuk menangkap reptilia berkenaan dan akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Segamat,” katanya. – myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=O74xscVCSgs

Tags: ular tedung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ayam Telan Anak Ular Tedung Hidup-Hidup

11/12/2018
0

KARNATAKA, India - Seorang penternak berjaya merakam video seekor ayam yang dipelihara menyerang dan menelan anak ular tedung secara hidup-hidup...

Tedung Selar Masuk Kelas

17/08/2018
0

SEREMBAN - Seekor ular tedung selar sepanjang lima meter “menumpang belajar” di Sekolah Kebangsaan (SK) Nyatoh, Rantau, di sini, apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd