• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Di Malaysia Tidak Pedulikan Rakyat – PPIM

oleh Ahmad Albab
19/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank-bank di Malaysia tidak bersikap `gentleman’ kerana tidak mempedulikan tentang rakyat negara ini dengan mengenakan caj enam peratus ke atas mereka yang menggunakan kemudahan MEPS bermula 1 April ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, bank-bank di Malaysia tidak mempunyai pemikiran timbang rasa seperti bank-bank di Singapura yang menanggung kos enam peratus berkenaan.

“Bank Negara Malaysia (BNM) wajar meminta “kerjasama” pihak MEPS dan bank-bank berkaitan untuk bertimbang rasa agar tidak mengenakan caj enam peratus yang walaupun sedikit tetapi menjadi isu tambahan yang begitu “viral” dalam kalangan pengguna.

“ Kami berpendapat bank-bank di negara jiran seperti Singapura bersikap lebih “gentlemen” dan boleh menanggung kos ini sebagai menyokong merenggangkan “tekanan” kepada pengguna dan menyokong usaha kerajaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nadzim berkata, MEPS yang berpuluh tahun memperolehi keuntungan berbillion ringgit boleh menganggap pengecualian caj enam peratus itu sebagai satu usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada rakyat.

Katanya, caj enam peratus ke atas pengguna MEPS itu sekadar menunjukkan dasar amalan “pukat harimau” oleh bank-bank di Malaysia kerana ikan bilis pun tidak akan terlepas daripada mata pukat mereka .

“Bank-bank dan juga syarikat yang telah mendapat manfaat puluhan tahun dengan keuntungan luar biasa seharusnya pandai mengambil hati pelanggan dan harus kelihatan bersama kerajaan dalam isu seperti ini,” tegasnya. – mynewshub.cc

Tags: BankPPIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

12/04/2025
3

Tanjong Karang: Pelanggan sebuah bank di pekan Tanjong Karang gempar apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) 'meluncur masuk' ke dalam premis...

Bank Boleh Sekat Akaun Disyaki Terlibat Jenayah: Tengku Zafrul

03/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Bank boleh mengenakan sekatan ke atas mana-mana pelanggan atau akaun bank yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan akaun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd