• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Ali Bagi Sebab Perjanjian Utama Air Terlupus

oleh Ahmad Albab
12/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mendakwa pendirian kerajaan Persekutuan yang enggan menghormati prinsip dan semangat Perjanjian Utama penstrukturan semula industri air Selangor, menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan dan telah lupus dengan sendirinya.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan hari ini berkata ia merangkumi soal mengiktiraf pemilikan aset air Selangor berjumlah RM14.9 bilion yang bakal disuntik ke dalam Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

BACA – S’gor Enggan Selesaikan Syarat Perjanjian Punca Penstrukturan Air Tertangguh

Soal kedua menyentuh mengiktiraf dan menerima pemindahan RM2 bilion daripada aset milik Air Selangor bagi tujuan penyediaan dana kepada entiti itu bagi mengambil alih semua konsesi air di negeri ini.

Aspek seterusnya menyentuh pengeluaran Lesen Kemudahan kepada Air Selangor sebagai pengiktirafan pemilikan ke semua baki air yang dimiliki entiti itu.

Prinsip terakhir yang didakwa tidak dihormati ialah soal meluluskan pemeteraian Perjanjian Kemudahan dan Sewaan antara Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor bagi penyewaan aset air yang akan dipindahkan kepada PAAB.

Mohamed Azmin berkata seperti yang telah diumumkan apabila beliau mengambil alih tugas dan amanah sebagai menteri besar pada September tahun lepas, pentadbiran baharunya sedia menghormati segala perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini.

Bagaimanapun, menurutnya, pentadbiran baharu itu tidak boleh membenarkan pelaksanaan perjanjian yang bercanggah daripada prinsip dan semangat yang telah dipersetujui.

“Percanggahan dari segi Perjanjian Utama yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan akan menyaksikan kerajaan negeri hilang kedaulatan ke atas tanah dan aset air milik kerajaan negeri Selangor,” dakwa menteri besar itu.

Mohamed Azmin berkata isu kedaulatan pemilikan tanah dan aset air bukan sesuatu yang boleh diserah milik dengan sewenang-wenangnya.

Namun, katanya, seperti yang telah diumumkan pentadbirannya pada 5 Mac lepas, kerajaan negeri akan terus memantau dan memastikan bekalan air di Selangor dapat dibekalkan kepada semua pengguna secara berterusan.

“Sekiranya kerajaan Persekutuan bersetuju mengiktiraf kedaulatan tanah dan aset air milik Selangor dan tidak membuat tuntutan yang bercanggah dengan semangat perjanjian yang telah termeterai, maka kerajaan negeri bersedia untuk berbincang ke arah mencapai persetujuan bagi manfaat seluruh pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” jelasnya.

Semalam ketika ditemui pemberita di Parlimen, Mohamed Azmin memaklumkan bahawa kerajaan negeri memutuskan untuk membatalkan perjanjian penstrukturan air itu atas alasan kerajaan Persekutuan melanggar terma Perjanjian Utama yang ditandatangani pada 12 Sept tahun lepas.

Keputusan itu dikhuatiri bakal menjejaskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) yang fasa pertamanya dijadual siap pada 2017 untuk menyediakan air bersih kepada pengguna di kawasan terlibat. – BERNAMA

Tags: Azmin AliKerajaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemilik Kenderaan Buruk Terbiar Di Tepi Jalan Akan Dikenakan Tindakan

Next Post

Penyelia Ladang Sawit Ditemui Mati Atas Kubur Lama

Related Posts

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

04/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut...

Next Post

Penyelia Ladang Sawit Ditemui Mati Atas Kubur Lama

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd