• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota JPAM Dilatih Guna Senjata Api

oleh Ahmad Albab
02/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan diberi pendedahan mengenai latihan kemahiran menggunakan senjata api dalam tempoh terdekat.

Ketua Pengarahnya Datuk Zaitun Ab Samad berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi berkenaan bersetuju untuk memberi latihan kemahiran menggunakan senjata api kepada pegawai dan anggota JPAM.

“Mengikut Akta Pertahanan Awam 1951, JPAM merupakan ‘security force’. Dalam angkatan keselamatan terdapat tentera, polis dan JPAM. Apabila polis dan tentera keluar untuk mempertahankan negara, jadi kita yang tinggal di dalam negara menjaga keselamatan orang awam. Cuma perbezaannya anggota JPAM tidak terlibat dengan tempur senjata.

“…setakat ini, kita memberi latihan dari segi bencana, kebakaran, lemas, kecemasan…kemahiran menggunakan senjata bukan bermaksud untuk berperang, tetapi sekiranya terdapat ancaman dan kita perlu mempertahankan orang awam, maka anggota kita perlu tahu menggunakan senjata,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Malam Anugerah Kecemerlangan JPAM Perak 2014 di sini, malam tadi.

Beliau berkata, latihan kemahiran itu akan dijalankan secara berperingkat bermula dengan latihan kepada pegawai tetap.

Zaitun juga mengesyorkan setiap pegawai dan anggota JPAM mempelajari seni mempertahankan diri seperti silat dan karate.

“Kita akan bekerjasama dengan agensi di bawah KDN untuk menyediakan latihan seni mempertahankan diri kepada pegawai dan anggota JPAM,” katanya.

Sementara itu, Zaitun berkata sebanyak 50,000 anggota telah bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang kemungkinan pada musim kemarau ini.

“Setiap anggota JPAM telah diarahkan bersiap sedia, kita akan memberi bantuan dengan menghantar air dan sebagainya ke kawasan terlibat sekiranya kemarau berlaku,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPAMsenjata
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tentera Di Selatan Thailand Ditarik Balik

Next Post

Pellegrini Akur Peluang Man City Makin Sukar

Related Posts

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

[TERKINI] Suami Isteri Bekal Senjata Kepada Lelaki Israel Direman Seminggu

[TERKINI] Suami Isteri Bekal Senjata Kepada Lelaki Israel Direman Seminggu

30/03/2024
8

Kuala Lumpur : Pasangan suami isteri yang ditahan selepas disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel direman selama tujuh...

Next Post

Pellegrini Akur Peluang Man City Makin Sukar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd