ANAK sulung juruterbang pesawat malang Air Asia Penerbangan QZ8501, Angela Anggi Ranastianis, 25, redha dan sudah boleh menerima kenyataan bahawa mayat bapa kesayangannya itu tidak akan ditemui.
Kapten Irianto merupakan antara 162 mangsa korban QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu.
“Saya berharap papa tenang di sana. Sudah tidak ada harapan jenazah papa ditemui, kami ikhlas dan merelakannya.
” Sejak badan pesawat ditemui, kami sekeluarga yakin jenazah papa tidak akan dijumpai,” katanya.
Jenazah bapa Anggela antara 92 mayat penumpang dan anak kala yang masih belum ditemi selepas lebih beberapa bulan gerakan mencari dan menyelamat dilakukan.
Dalam operasi terbabit, hanya 70 mayat yang berjaya ditemui oleh pihak berkuasa.
Penerbangan QZ8501 terhempas ketika dalam perjalanannya dari Surabaya ke Singapura.
Kapten Irianto meninggalkan seorang balu, Widia Sukanti Putri, 48, dan seorang lagi anak lelaki, Arya Galih Gegana, 8.- MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=_yq_OWBWxfo