• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Gambar Guna Dron Boleh Bahayakan Kapal Terbang

oleh Ahmad Albab
04/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tindakan menerbangkan dron berhampiran sebuah landasan pesawat di lapangan terbang dikhuatiri mengancam keselamatan.

Menurut seorang pelayar laman sosial, kegiatan menggunakan dron untuk mengambil gambar pesawat berlepas dan mendarat memberi impak terhadap pengguna dron secara amnya.

“Bagaimana jika anda hilang kawalan terhadap dron anda dan ia terbang ke arah laluan kapal terbang?” soal pelayar tersebut.

Sebelum ini, terdapat pengguna dron yang memuatnaik gambar kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke laman foto popular, Instagram.

Tindakan tersebut mendapat reaksi berbeza daripada orang ramai.

Ada yang menggesa pihak pengurusan lapangan terbang atau pihak berkuasa campur tangan terhadap hal ini.

Difahamkan, peraturan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menetapkan dron seberat 20 kilogram ke bawah tidak dibenarkan beredar di ruang udara terkawal.

Dron seperti ini juga tidak dibenarkan dalam jarak 1.5 batu nautika (2.8km) dari sempadan lapangan terbang tanpa kebenaran pusat kawalan udara.

Dron fotografi ini yang banyak digunakan di luar negara terutama Amerika Syarikat, kini mudah dimiliki di Malaysia.

Kelebihan mengambil gambar menggunakan dron adalah dapat mencapai ketinggian atau sudut yang sukar dilakukan oleh jurufoto.

Peralatan dron kini lebih kecil, ringan, stabil, murah dan boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja. – Sinar Harian Online

Tags: kapal terbang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Api Di Kokpit Punca Nahas EgyptAir

28/04/2022
0

Rom : Pesawat EgyptAir yang terhempas dan meragut nyawa 66 penumpang di Laut Mediterranean disebabkan kebakaran di kokpit, menurut rumusan...

Pesawat Sriwijaya Air Dipercayai Terhempas

11/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Sebuah Pesawat Sriwijaya Air hilang dari radar 5 minit selepas berlepas dari Jakarta menuju ke Pontianak, petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd