• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pergaduhan Dalaman PAS Punca Dr. Dzulkifly Ditumbuk?

oleh Ahmad Albab
06/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkifly Ahmad dipukul oleh individu tidak dikenali semasa pulang dari menunaikan solat subuh di sebuah masjid, pagi ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat berkata, Dzulkifly mengalami kecederaan akibat ditumbuk pada muka dan dahi oleh individu terbabit.

“Selepas menumbuk, penjenayah ini berkata “kenapa kurang ajar sangat?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan berkata, DPPM dukacita dengan kejadian tersebut dan perbuatan tersebut merupakan provokasi terhadap pimpinan PAS.

“Saya tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan membuat provokasi terhadap pimpinan PAS.

“Matlamat jahat mereka adalah memecahbelahkan PAS. Moga Allah membalas kejahatan mereka,” katanya.

Dzulkefly pada 24 Februari lalu menjelaskan, beliau hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi suka memaki hamun sesama sendiri apatah lagi sesama jemaah Islam.

Beliau menegaskan tidak takut dengan ancaman golongan tersebut malah berazam mengubah kesilapan ulama terbabit dalam PAS.

Dalam Multaqa Ulama anjuran Dewan Ulama PAS baru-baru ini, pelbagai istilah digunakan untuk melabel pihak-pihak yang didakwa menentang kepimpinan ulama dalam PAS, khasnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Suhaizan Kayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Permain Hukum Agama – Suhaizan

Jangan Permain Hukum Agama – Suhaizan

03/09/2023
0

JOHOR BAHRU: “Saya tiada masalah, tetapi dia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) seolah-olah mempermainkan hukum agama.” Demikian komen calon Pakatan Harapan...

Pesta Arak: Jangan Eksploit Keputusan Kerajaan Negeri

18/10/2018
0

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini menyelar tindakan sesetengah pihak yang cuba memanipulasi kenyataan Menteri Besar Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd