• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ah Long Tawar Mangsa Lacur Diri Untuk Bayar Balik Pinjaman

oleh Ahmad Albab
08/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peminjam wang tidak berlesen ataupun Along sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjadikan mangsa sebagai pelacur untuk mendapatkan balik wang mereka.

Mangsa yang tidak mempunyai wang untuk membayar balik pinjaman diminta melakukan khidmat seks di rumah pelacuran sebagai gantian untuk membayar balik hutang mereka.

Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) Samsudin Mohamad Fauzi berkata sepanjang tahun lepas, PKP menerima tiga aduan berbeza daripada wanita berumur awal 30 tahun, yang ditawarkan kaedah pembayaran tersebut.

“Mangsa yang ketakutan tanpa berfikir panjang bersetuju menjual kehormatan mereka sebagai tukaran untuk membayar hutang kepada Along.

“Mereka memberitahu PKP menerima panggilan daripada sebuah rumah pelacuran tidak sampai 15 minit selepas bersetuju dengan tawaran Along,” katanya kepada Bernama hari ini.

Samsudin berkata bagaimanapun mangsa terselamat apabila PKP membantu mereka membuat aduan kepada polis pada hari yang sama.

“Kami segera membawa mangsa membuat laporan polis bagi mendapat perlindungan daripada ancaman Along,” katanya.

Beliau berkata PKP berharap mangsa tidak mengikut bulat-bulat permintaan daripada Along.

“Along juga manusia biasa dan negara kita mempunyai undang-undang jadi orang ramai tidak perlu rasa takut dengan mereka.

“Saya nasihatkan kepada orang ramai yang berhajat untuk melakukan pinjaman dengan Along sama ada mengguna nama sendiri atau nama isteri agar mencari kaedah lain bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka.

“Fikir dua kali sebelum membuat pinjaman dengan Along kerana ia boleh diibaratkan sebagai ‘keluar dari mulut singa dan masuk ke mulut naga’,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=NXXFKpchFv8

Tags: Ah Longpelacuran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gadis Terbabit Pelacuran Dihantar Ke Henry Gurney

Gadis Terbabit Pelacuran Dihantar Ke Henry Gurney

13/06/2024
0

Tampin : Seorang gadis yang mengaku salah melakukan aktiviti persundalan diperintah menjalani hukuman di Sekolah Henry Gurney, Melaka sehingga berusia...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

11 Ditahan Disyaki Tawar Khidmat Pelacur Di Australia

22/10/2023
0

BALIK PULAU: Polis menahan 11 individu termasuk enam wanita tempatan selepas disyaki menjalankan kegiatan pelacuran dalam talian yang menyasarkan pelanggan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd