• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AGM Majlis Peguam Dijangka ‘Panas’

oleh Ahmad Albab
14/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suasana ‘panas’ dijangka berlaku pada mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam yang berlangsung pada Sabtu dengan beberapa usul daripada anggota kanan badan itu.

Antaranya ialah mengenai resolusi sama ada presidennya, Christopher Leong perlu menarik balik kenyataan beliau berhubung penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Liwat II.

Satu lagi usul adalah untuk mengecam peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di atas tindakannya berikutan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Shafee memperoleh injunksi interim menghalang badan itu daripada membincangkan usul berkenaan.

Usul terhadap Leong juga menggesa supaya beliau mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada badan kehakiman.

Leong telah mengeluarkan kenyataan akhbar yang bertajuk ‘Datuk Seri Anwar Ibrahim: Yang didakwa atau dianiaya?’ pada 11 Februari, di mana beliau mempersoalkan penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam memutuskan untuk mengekalkan penyabitan kesalahan Anwar.

Beliau berkata keputusan itu sebagai ‘satu kejutan kepada orang ramai’ dan mempersoalkan beberapa aspek pertuduhan liwat terhadap Anwar.

Usul itu menyatakan bahawa kenyataan akhbar itu dibuat secara ‘tergesa-gesa’ dan tidak mencerminkan pandangan majoriti daripada Majlis Peguam dan didakwa sebagai ‘serangan terburuk terhadap integriti mahkamah Malaysia’ sejak krisis kehakiman 1988.

Selain itu usul lain ialah bertujuan untuk membatalkan resolusi yang dicadangkan oleh Leong semasa mesyuarat agung luar biasa Majlis Peguam pada 19 September tahun lepas berhubung gesaan pemansuhan Akta Hasutan 1948.

Resolusi ini adalah sebahagian daripada tujuh usul yang dijadual akan dibentangkan di sebuah hotel di sini hari ini. – mStar Online

Tags: kes liwatPeguam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Terdapat pihak merancang untuk menceroboh semula tanah Yayasan Kubra dengan alasan untuk melakukan upacara anutan di tapak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd