• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Usaha Terancang Untuk Serang 1MDB – Zahid

oleh Ahmad Albab
08/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata serangan ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) didorong pihak tertentu yang mempunyai agenda kepentingan politik.

Beliau berkata serangan, spekulasi dan khabar angin yang sedang berlaku itu bukan hanya memberi kesan negatif kepada 1MDB, malah juga kepada sentimen para pelabur asing.

“Sebarang serangan terhadap 1MDB merupakan satu bentuk serangan ke atas negara juga dan mereka seharusnya bertanggungjawab bagi setiap tuduhan palsu dan fitnah terhadap 1MDB,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Aspresiasi Petugas Pengurusan Banjir Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Deloitte, sebuah daripada syarikat perakaunan ternama telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri semalam bahawa disebabkan dakwaan tidak berasas itu, mereka telah menjalankan pengauditan lebih terperinci bagi akaun 1MDB.

“Ini termasuk membawa masuk pakar-pakar forensik untuk memeriksa dokumen yang berkaitan. Deloitte juga menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan akaun 1MDB itu dan bersetuju memperakuinya,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1MDB dan laporan Ketua Audit Negara itu akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen.

– BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd