• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

30,000 Askar Iraq Serang Kubu IS Di Tikrit

oleh Ahmad Albab
13/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIKRIT – Sejumlah 30 ribu anggota tentera Iraq mula memasuki Tikrit kelmarin selepas 10 hari operasi bersepadu untuk menawan kembali bandar berkenaan dilancarkan.

Bandar berkenaan dipercayai masih dikuasai oleh beratus-ratus militan kumpulan Islamic State (IS).

Bagaimanapun, tentera Iraq dan sekutunya berjaya mara melepasi sempadan bandar itu tanpa sebarang bantuan serangan udara pakatan Amerika Syarikat.

Kemaraan tentera Iraq kali ini menandakan permulaan fasa baharu dalam kempen membebaskan beberapa bandar utama di Iraq daripada cengkaman IS.

Gabungan anggota tentera, polis dan pasukan sukarelawan mema­suki utara dan selatan Tikrit yang merupakan kampung halaman bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein dan kubu IS.

Seorang jeneral Iraq memaklumkan kepada agensi berita AFP bahawa pertempuran kini perlahan dan agak rumit kerana mereka berdepan banyak jerangkap samar dan serangan penembak tepat.

Misi tersebut turut disertai oleh komander tentera Iran untuk operasi di luar negara, Qassem Soleimani. Beliau dilaporkan sentiasa berada di barisan hadapan sepanjang operasi itu berjalan.

Walaupun ada kebimbangan kejayaan merampas Tikrit akan meningkatkan insiden pembunuhan mazhab antara puak Sunnah dan penyokong Syiah, tidak ba­nyak kejadian tidak diingini dilaporkan setakat ini.

Operasi tersebut merupakan yang terbesar setakat ini dalam usaha mengusir militan IS dari bumi Iraq. Beberapa kawasan sekitar bandar ini juga telah ditawan sepenuhnya kelmarin terma­suk pekan al-Alam di utara Tikrit. – AFP

Tags: IraqIS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

19/07/2024
0

BUTTERWORTH : Seorang pekerja kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan...

‘Malaysia Tak Gentar Ancaman Bom’ – Zahid Hamidi

Konflik Palestin-Israel: Iran Desak Zionis Henti Serangan Sebelum Terlambat

15/10/2023
0

TEHERAN – Iran semalam mengeluarkan amaran baharu kepada Israel yang mendesak agar Rejim Zionis menghentikan serangan ke atas Gaza sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd