• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Jepun Kecewa Miss Universe Jepun Tiada Rupa Jepun

oleh
01/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Biarpun dilahir dan dibesarkan di Sasebo, Nagasaki, pemenang pertandingan ratu cantik Miss Universe 2015 peringkat Jepun, Ariana Miyamoto, 20 tahun; masih dikritik rakyat negara ‘matahari terbit’ itu gara-gara imej dirinya sendiri.

Gadis yang dilahirkan pada 12 Mei 1994 itu teruk dikecam ramai netizen dari seluruh Jepun walaupun disahkan sebagai layak menjuarai kejohanan tahunan tersebut yang berlangsung meriah di Hotel Chinzanso di Bunkyo-ku, di sini pada 12 Mac lalu.

Ariana atau nama sebenarnya, Miyamoto Eriana Mamiko sehingga kini terus dianggap ‘orang luar’ berbanding gadis Jepun hanya kerana bapanya, seorang lelaki keturunan Afrika Amerika berkahwin dengan ibunya, memang warga Jepun tempatan.

Beliau yang berketinggian 1.73 meter dengan mata berwarna perang; memenangi gelaran Miss Nagasaki seterusnya menjuarai peringkat kebangsaan dan akan mewakili Jepun ke Miss Universe antarabangsa di Amerika Syarikat (AS) pada akhir tahun ini.

Akhbar-akhbar Jepun mendakwa, sebahagian besar warganegara itu tidak dapat menerima hakikat orang asing kacukan Jepun sebagai pemenang dan lebih suka gadis Jepun sendiri mewakili negara tersebut sesuai dengan imej tipikal wajah mereka.

“Miss Universe Jepun bukan Jepun,” tulis seorang wanita menerusi laman sosial Twitter manakala beberapa netizen mempertikaikan kesetiaan Ariana kepada Jepun kerana berpindah ke AS untuk belajar di sekolah tinggi dan kini bekerja di sana.

“Tidak masuk akal orang luar mewakili Jepun, bahkan wajahnya pun tidak macam muka orang Jepun kebanyakan,” kata seorang remaja perempuan yang kecewa dengan isu itu melalui laman popular tersebut dan dipetik beberapa akhbar tempatan.

Meskipun Jepun dihuni 2.4 juta warga asing atau dua peratus daripada jumlah penduduk negara itu, warga Jepun umumnya kurang selesa berjiran dengan orang luar, tetapi masih menerima baik kedatangan pelancong khasnya dari Asia tenggara.

Jepun pernah dua kali iaitu pada 1959 dan 2007 memenangi Miss Universe, pertandingan elit wanita tercantik dunia yang bermula sejak 1952 anjuran Miss Universe Organization berpusat di New York, AS dan disertai wakil daripada lebih 80 buah negara.

Rekod itu bersamaan jumlah kemenangan wakil Australia, Brazil, Colombia, Kanada, Finland, Mexico, Thailand, India dan Filipina manakala paling banyak juarai Miss Universe ialah AS sebanyak 8 kali, diikuti Venezuela (7), Puerto Rico (5) dan Sweden (3). – Agensi

Tags: jepunmiss universeNagasakitercantik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd