• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lelaki Ditahan Dipercayai Lakukan Samun Dengan Menyamar

oleh Ahmad Albab
13/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Polis menyelesaikan tujuh kes samun dan pemerasan menggunakan taktik menyamar sebagai pegawai kastam selepas menahan tiga lelaki di Taman Johor Jaya, di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata ketiga-tiga lelaki berumur antara 22 hingga 28 tahun itu ditahan pada pukul 6.30 petang oleh anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di perumahan berkenaan.

“Polis merampas empat pas Kastam, tiga ves Kastam, dua topi Kastam, satu kad kuasa pasukan Askar Timbalan Setia Negeri (JMF), wang tunai RM1,400, dua pasport Filipina, dua walkie talkie serta lapan karton rokok kretek daripada mereka,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiganya melakukan kegiatan itu sejak dua tahun lepas di sekitar kawasan Seri Alam di sini.

Beliau berkata kesemuanya yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

Sementara itu, Mohd Mokhtar berkata polis menyelesaikan satu kes kecurian wang angpau majlis perkahwinan dengan penahanan seorang lelaki rakyat Peru, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Sepang, Selangor, Rabu lepas.

Beliau berkata lelaki berumur 60 tahun itu dipercayai mencuri wang hasil pemberian tetamu yang diletakkan di dalam sebuah kotak pada majlis yang diadakan di sebuah restoran di Taman Sutera Utama, Skudai di sini, 14 Feb lepas.

“Lelaki itu ditahan pada pukul 10 malam di lapangan terbang berkenaan selepas polis bertindak hasil maklumat orang ramai. Polis kini sedang meneruskan siasatan bagi mengesan sekurang-kurangnya dua lagi lelaki yang masih bebas yang dipercayai turut terlibat dengan kes itu,” katanya.

Katanya, lelaki terbabit kini direman bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: Jenayahkes samun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Lelaki Didakwa Culik Remaja Perempuan

Next Post

Mayat Tanpa Biji Mata Ditemui Di Pantai Besut

Related Posts

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

12/05/2024
2

Kota Kinabalu : Penjenayah yang melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai runcit di Kampung Mempikit Laut, di sini, menggunakan kerambit,...

Next Post

Mayat Tanpa Biji Mata Ditemui Di Pantai Besut

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd