• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Kakitangan Portal Berita Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh AK-47
01/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Tiga kakitangan sebuah portal berita yang
ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung laporan mendakwa Mesyuarat
Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah) 1965, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata
ketiga-tiga mereka, berusia 35 hingga 52 tahun, dibebaskan kira-kira 6.30 petang
tadi.

“Sementara dua lagi berumur 47 dan 56 tahun yang ditahan pada 11 pagi tadi,
kami akan mohon tahanan reman esok,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Petang semalam, tiga kakitangan portal berita The Malaysian Insider (TMI)
ditahan di pejabat mereka di Mutiara Damansara, Petaling Jaya berhubung laporan
berita portal itu baru-baru ini dipercayai berbaur hasutan.

Mereka disiasat oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (SKMM) mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998.

Penahanan dibuat oleh sepasukan polis daripada Unit Siasatan Terkelas Bukit
Aman dengan kerjasama pasukan SKMM dan barangan kes seperti laptop dan telefon
bimbit turut dirampas.

Pagi tadi, dua lagi kakitangan daripada organisasi sama ditahan mengikut
Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, menjadikan keseluruhan yang ditahan lima
orang.– BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd