• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Warga Iraq Ditahan Bersabit Kes Ugutan Bunuh Duta

oleh Ahmad Albab
28/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis memberkas dua warga Iraq pada Khamis lepas kerana disyaki terlibat membuat ugutan bunuh terhadap Duta Besar Arab Saudi dan Qatar di ibu negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang berusia 39 dan 42 tahun dipercayai merupakan anggota kumpulan militan Negara Islam (IS), yang memasuki negara ini secara sah.

“Mereka ditangkap di Jalan Ampang, Kuala Lumpur oleh Pasukan Petugas Khas Bukit Aman dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati mereka dipercayai dihantar oleh pihak IS untuk melakukan ‘sesuatu’ yang perkara itu boleh memberi ancaman kepada negara,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.

Khalid menggesa semua pihak untuk menjadi mata dan telinga Polis Diraja Malaysia dengan memberi maklumat berhubung sebarang kegiatan kumpulan berkenaan termasuk yang cuba merekrut remaja dan warga tempatan untuk dihantar ke Syria dan Iraq.

“Ingin saya nyatakan rancangan IS adalah benar. Jika kita tidak berhati-hati, akan berlaku perkara yang tidak kita ingini,” katanya.

Akhbar melaporkan duta-duta tersebut menerima ugutan bunuh daripada pihak yang tidak bertangungjawab menerusi seorang pegawai khas di pejabat Kedutaan Besar Qatar di Ampang Hilir.

Dilaporkan ugutan itu disampaikan seorang lelaki warga Iraq pada Khamis yang turut mendakwa bekerjasama dengan unit perisikan Iraq di negara ini.

Dalam isu lain, Khalid berkata polis akan memanggil bekas presiden Majlis Peguam, Christopher Leong untuk memberi keterangan dalam masa terdekat berikutan kenyataannya yang didakwa menghasut dan mengelirukan rakyat.

“Saya sahkan laporan polis berkaitan Christopher Leong telah diterima dan diaakan disiasat kerana menghasut,” katanya.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) mengkritik tindakan Christopher kerana beliau mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan kes liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhkan hukuman penjara lima tahun. – BERNAMA

https://youtu.be/q0JIZ4diy78

Tags: Kes Ugutkhalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd